ad

Tuesday, June 9, 2009


Siri Kekejaman ISA:Kerajaan Umno Membunuh Ulama

0 comments

Tanggal 18 november tahun 1985 bukan lah permulaan segala-galanya. Pembunuhan As syahid Ustaz Ibrahim Libya dan 14 orang ahli-ahli Pas Baling bukan bermula 18 november. sebaliknya ia bermula dengan perhimpunan agung Umno tahun sebelumnya.

Sebelum itu sedikit latar belakang Ibrahim Libya ialah seorang tokoh agama yang menjadi pimpinan Pas kawasan Baling. dia yang sebelumnya bertugas di Pusat Islam Jabatan Perdana Menteri di bawah bosnya ustaz Ahmad Awang. Oleh kerana ingin bebas bedakwah, dia berhenti kerja dan pulang ke memali mengasaskan madrasan Islahiah Kampung Memali. Setiap malam dia menggiatkan ceramah, kuliah dan pidatonya ke seluruh kedah untuk menyeru manusia kepada Islam.

Pengaruhnaya semakin kuat. Pidatonya dihadiri oleh ramai manusia. Hal ini menggugat kedudukan Umno di Baling. Tambahan pula ketegasan Ibrahim Libya menyatakan penentangannya kepada perjuangan Umno yang disebut Toghut yang memisahkan agama dengan politik. Keadaan ini bertambah kuat apabila berlaku pilihanraya umum pada tahun tersebut dan beliau bertanding di kerusi dun Bayu. Walaupun kalah, beliau telah berjaya mengurangkan majoriti BN ketahap yang menggugat.

Usaha dilakukan oleh Umno Baling untuk menyekat kemaraan beliau. dalam perhimpunan agung bUmno tahun tersebut, perwakilan dari Baling yang merupakan bekas lawannya di dun Bayu telah mengusulkan kepada kerajaan supaya ditangkap Ibrahim Libya di bawah ISA kerana kelantangannya. Usul ini diterima dan satu operasi dilakukan untuk menangkap beliau dan beberapa pimpinan pembangkang yang lain.

Antaranya Hj Muhamad Sabu, Mahfuz Omar, Abu Bakar Chik, Karpal Sing, Lim Kit Siang dan lain-lain. Semua mereka berjaya ditangkapkecuali Ibrahim Libya. Beliau tidak mahu menyerah diri dan beliau telah disembunyikan oleh anak-anak muridnya. Sepanjang ituy, berlaku pelbagai tragedi di kawasan Baling. Antaranya satu malam Ibrahim Libya dijadualkan akan menyampaikan ceramahnya di satu tempat. Polis mengadakan sekatan jalan raya. Seorang ahli Pas telah ditangkap kerana ditemui parang di dalam bonet keretanya. Padahal parang itu sentiasa berada dalam kereta untuk kegunaan kerja ladang.

Orang-orang kampung telah bertindak balas dengan menahan dua orang anggota polis dan ditawan. Mereka memberi syarat supaya dibebaskan rakan mereka yang ditahan polis sebelum mereka membebaskan polis tersebut. Akhirnya pihak berkuasa akur dengan permintaan mereka. Setelah lama disembunyikan, beliau bertekad untuk keluar dan mengajar seperti biasa. Malah beliau telah menyatakan kepada nggota polis, bahawa beliau tidak akan tunduk kepada akta yang zalim itu. Jika mereka mahukan beliau, mereka perlu mengambil mayat beliau.

Sehinggalah pada pagi 19 november 1985, ribuan anggota polis mengepung rumah Ibrahim Libya dan mereka telah membunuhnya dengan peluru hidup. Padahal yang hendak ditangkap hanya seorang, tetapi ribuan polis, kereta perisan mengepung rumah beliau. Anak Memali ini syahid dihadapan isterinya kak Solehah ketika jasadnya direntap polis dalam keadaan terkapai-kapai. Beliau menitiskan darahnya, mengorbankan nyawanya semata-mata tidak mahu tunduk kepada akta yang zalim ISA.

Inilah sejarah pembunuhan ulama yang dilakukan oleh Umno Barisan nasional disebabkan melawan akta yang zalim ISA. semoga roh As Syahid dan 14 syuhada' Memali sentiasa hidup di sisi Tuhan mereka.

1 Ogos ini adalah tanggal himpunan rakyat Malaysia bagi mendesak secara tegas supaya dimansuhkan akta ISA. Ia bukan sekadar mengurung, memisahkan anak isteri, menceraikan suami isteri, malah ia telah membunuh ulama Pas yang berjuang untuk berdakwah kepada masyarakat.

Sebelum daripada itu, berpuluh ulama Pas di Kelantan dan Kedah di tahan ISA seperti Tuan Guru haji Daud Meranti dan Arwah Ustaz Nik Abdullah Arsyad bapa kepada Nik Amar.