ad

Friday, February 20, 2009


KENALI LEMBAH PANTAI

0 comments
KAWASAN Lembah Pantai merupakan salah satu dari parlimen di Kuala Lumpur. Ia bermula dari Briekfiel sehinggalah perumahan Sentosa di Jalan Kelang Lama. Di kawasan ini terdapat pusat perniagaan di Bangsar, Universiti Malaya, Institut Bahasa Lembah Pantai dan berbagai institusi pendidikan.

Penduduk Lembah Pantai terdiri daripada 70 peratus lebih berbangsa Melayu dan selebihnya bangsa India dan Cina. Mereka terdiri daripada golongan middle class yang mendiami perumahan sekitar Bukit Pantai, Bukit Bandaraya Bangsar dan Pantai Hillpark. Juga golongan rakyat biasa yang mendiami perumahan flat dan perkampungan setinggan di Kg Kerinchi, Kg Abdullah Hukum dan lain-lain.

Kawasan ini didiami oleh penduduk tempatan dan juga penduduk luar yang bekerja di Lembah Kelang serta bekas-bekas graduan Universiti Malaya. Banyak peristiwa bersejarah berlaku di kawasan ini khususnya bersangkutan dengan perjuangan rakyat bawahan. di kawasan ini kerap berlaku demonstrasi anjuran mahasiswa sejak tahun 60-an sehinggalah ke hari ini.

SUARA BARU KOMUNITI LEMBAH PANTAI

0 comments
Selamat datang ke Pantai News suaru baru komuniti Lembah Pantai. Kami bersedia membantu anda menyuarakan permasalahan, pendapat, sokongan, cadangan ke arah meningkatkan martabat masyarakat Lembah Pantai. Semoga mendapat dokongan semua