ad

Monday, July 20, 2009


Suruhanjaya Bebas Kematian Beng Hock: Pemuda Umno, Gerakan Setuju Desakan Pakatan Rakyat

0 comments

Cadangan Pakatan Rakyat supaya ditubuh Suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian Beng Hock mendapat sokongan pelbagai pihak. Semalam, Naib Ketua pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim menyatakan sokongan supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya diraja bagi menjamin ketelusan siasatan. Ia juga penting bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku dan memburukkan keadaan. Menurut ahli Parlimen Muar itu juga, penubuhan Suruhanjaya ini juga boleh mengelakkan penipuan di dalam siasatan.

Hampir senada dengan pemuda Umno, naib Presiden Parti itu Dato Seri Hishamudin Husin juga menyokong penubuhan suruhanjaya ini. Namun secara peribadi beliau lebih bersetuju ditubuhkan suruhanjaya ini selepas siasatan yang dilakukan oleh pihak polis mesih menimpulkan persoalan yang tidak berjawab. Walaubagaimana pun beliau telah menyatakan persetujuan supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan.

Seawal itu lagi, Presiden Parti Gerakan bersetuju supaya sebuah badan bebas perlu ditubuhkan untuk menyiasat kematian Beng Hock. Menurut beliau, ia penting bagi mengelakkan hiloang keyakinan rakyat terhadap agensi kerajaan khususnya SPRM. Malah terdapat ramai lagi pemimpin parti-parti kompenen BN menyokong ditubuhkan suruhanjaya bebas ini.

Ini menunjukkan desakan Pakatan Rakyat terdiri daripada Pas, PKR dan Dap supaya berlaku ketelusan dalam siasatan ini dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja senada dengan parti-parti kompenen BN. Oleh itu tidak timbul isu ini dipolitikkan atau diambil kesempatan oleh pembangkang. Sebaliknya menjadi keperluan kerajaan untuk segera menubuhkan Suruhanjaya ini tanpa banyak soal lagi.


Friday, July 17, 2009


Mansuhkan ISA: Desakan Pak Lah Wakili Sebahagian Anggota BN

0 comments

Ucapan Pak Lah ketika menerima anugerah kedoktoran dari UUM tempoh hari berkaitan ISA menjelaskan lagi keperluan untuk menghapuskan akta tersebut. Jika sebelum ini mangsa dan keluarga serta parti pembangkang yang mendesak. Kini desakan itu datang daripada seorang bekas penguasa dalam ISA.

Abdullah pernah menjadi menteri Dalam Negeri yang secara langsung beberapa kali menandatangani perintah tahanan ISA. Dia juga sentiasa menerima laporan daripada Lembaga Penyiasat Tahanan ISA setiap beberapa bulan. Oleh itu segala maklumat berkaitan ISA dalam kepalanya. hari ini setelah tidak berkuasa, secara terang-terangan beliau menyeru supaya akta ini dihapuskan demi memelihara hak-hak asasi manusia.

Abdullah juga mengakui bahawa akta ini telah disalahgunakan sehingga ianya menyekat hak-hak asasi manusia. Walaupun secara pribadi beliau inginkan sebuah undang-undang pencegahan terhadap aktiviti keganasan, namun beliau tetap mengakui bahawa ISA banyak disalahgunakan. Oleh itu tidak ada jalan lain untuk kembalikan demokrasi dan hak asasi melainkan dengan menghapuskan terus akta ini.

Desakan Abdullah ini dibuat ketika Gerakan Mansuhkan ISA sedang bersiap untuk mengadakan himpunan besar di Kuala Lumpur bagi memansuhkan ISA. Oleh itu kenyataan Abdullah itu dilihat seperti menyokong niat penganjur perhimpunan ini ataupun secara tidak langsung sebenarnya beliau menyokong perhimpunan 1 Ogos ini. Jika benar, ianya tidaklah pelik kerana ketika perhimpunan Anti PPSMI awal tahun lalu, Abdullah memberi respon positif supaya segera diambil tindakan terhadap isu ini walaupun tidak diselesaikan dizaman pemerintahannya.

Keduanya, tindakan pemuda Parti Gerakan secara berani mengumumkan akan turut serta dalam himpunan MANSUH 1 Ogos ini dan juga protes terbuka beberapa parti kompenen Barisan Nasional terhadap ISA menunjukkan amarah rakyat pelbagai bangsa tanpa batasan politik yang inginkan akta ini segera dimansuhkan. Oleh itu sebelum terlambat, Najib perlu segera bertindak, ataupun beliau masih bersedia menanti kenyataan bantahan terhadap ISA dilakukan oleh beberapa menteri kabinetnya sendiri.

Pengeboman JW Meriot di Jakarta Agenda Tundukkan Presiden Baru?

0 comments
PENGEBOMAN dua hotel di Jakarta lewat semalam menimbulkan pelbagai spekulasi. Seperti biasa apabila berlaku pengeboman, maka sasaran tuduhan dilemparkan kepada kumpulan Al Qaeda dan jaringannya Jemaah Islamiah JI. Salah sebuah hotel tersebut ialah JW Meriot.

Indonesia masih panas dengan pemilihan Presiden yang baru untuk penggal ini. Tiga calon utama Sosilo Bambang Yodoyano, Yusuf Kalla dan Megawati bersaing dalam pemilihan ini. Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan, namun umum mengetahui bahawa Sosilo membolot undi tertinggi berbanding dua calon tersebut.



Sosilo daripada Parti Demokrat telah membuat pakatan dengan 10 buah parti-parti Islam di Indonesia. Antaranya Parti Keadilan Sejahtera dan Parti Bulan Bintang. Sokongan kuat yang diberikan kumpulan parti Islam ini menjadi salah satu faktor besar kemenangan beliau selain isu-isu lain yang menjerat dua calon presiden yang bertanding.

Kemenangan ini sudah tentunya akan dikongsi bersama dengan parti-parti pakatan mereka. Jemaah menteri yang akan dilantik juga akan dibahagi-bahagikan kepada pakatan pemilihan presiden ini. Secara tidak langsung, wakil-wakil daripada parti Islam akan turut sama memainkan peranan dalam pemerintahan Sosilo selepas ini. Keadaan ini sudah tentulah membimbangkan Amerika dan golongan liberal yang berganding dengan PDI Perjuangan pimpinan Megawati.

Ketika Sosilo berpakat dengan Jusuf Kalla daripada Parti Golkar sebelum ini pun, mereka menjadi penentang kuat kepada undang-undang anti porno yang dibuat kerajaan. Sudah tentulah apabila bergabung dengan banyak parti Islam, keadaan ini akan lebih menggugat dasar bebas mereka. bagi Amerika dan sekutunya pula, mereka seboleh-bolehnya tidak mahu melihat kebangkitan Islam dirantau Asia Tenggara khususnya Indonesia yang mempunyai bilangan umat Islam teramai di dunia.

Oleh itu, pengeboman dua hotel ini mengimbas kembali keadaan yang berlaku dizaman pemerintahan BJ Habiebie dan Gus Dur yang sedikit terbuka kepada parti-parti Islam. Persoalan yang timbul pada hari ini, adakah benar pengeboman ini dilakukan oleh rangkaian Al Qaeda ataupun oleh pihak lain yang akan memaksa pemerintah Indonesia tunduk kepada kehendak mereka untuk menyekat gerakan Islam di Indonesia.
Posted by Pantai Today Group

100 Hari Pertama: Rosmah Gagal Jernihkan Imej

0 comments

100 Hari Pertama: Rosmah Gagal Jernihkan Imej
Sejak menjadi isteri Perdana Menteri tiga bulan yang lalu, Rosmah cuba menjernihkan imejnya dimata masyarakat. Setelah beliau diburukkan sebagai watak penting dalam kes pembunuhan Altantuya oleh pengakuan bersumbah Subramaniam. Beliau cuba muncul dengan imej sebaliknya iaitu penyayang dan prihatin.

Atas kapasiti sebagai pengerusi Bakti, beliau kerap turun melakukan aktiviti berorentasi kebajikan untuk semua golongan. Antaranya Rosmah menampilkan dirinya sebagai pembela Orang Kurang Upaya, kanak-kanak sindrom dan pesakit berisiko tinggi. Acap kali beliau memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan ini. Seterusnya Rosmah melibatkan diri dalam usaha mencari dana untuk mangsa peperangan di Ghza Palestin. Beberapa majlis yang diadakan, Rosmah muncul untul melancarkan dan menyantuni orang-orang Palestin.

Paling akhir beliau menutup kempen menderma 10 sen untuk Ghaza bagi kanak-kanak di Akedemik Pengajian Islam Universiti Malaya. Namun adakah dalam masa 100 hari beliau bertindak ini benar-benar menjernihkan watak beliau. Adakah tergambar dimata masyarakat bahawa Rosmah seorang penyayang dan prihatin? Jawapannya pembaca sendiri yang rasakan.

Namun apa yang berlaku, semakin banyak pendedahan yang menambah buruk watak Rosmah. Antaranya pengakuan oleh adik dan saudara maranya menyatakan bahawa dia perempuan puaka. dengan makna Rosmah selalu bertemu bomoh berjampi untuk menjayakan segala macam misinya. Pengakuan yang tersebar luas ini tidak dinafikan oleh Rosmah. Tambahan pula pengakuan seorang lelaki sebelum ini yang mengatakan bahawa Rosmah dan najib membuat upacara jampi menggunakan Samy Hindu di rumahnya juga tidak dinafikan. Malah apabila adiknya sendiri membuat pengakuan bahawa kakaknya kerap menggunakan bomoh untuk berjampi, maka ia seakan mengesahkan berita sebelumnya.

Seterusnya terdekat dengan hari ini dua peristiwa gempar berlaku kepada Rosmah yang semakin memburukkan wataknya. Pertamanya peristiwa tangkapan dua mahasiswa Universiti Malaya kerana dituduh menconteng dinding menyatakan kemarahan terhadap Rosmah sebelum kehadiran Rosmah ke dewan Universiti Tersebut keesokan harinya. Keduanya ketika beliau melawat mangsa kebakaran di Kerinchi, beliau dihamburkan kata-kata yang sangat pedih oleh seorang mangsa dengan perkataan 'barua' betul-betul di depan mukanya. Katanya, wanita ini marah kerana bantuan yang Rosmah berikan tidak adil kerana dia tidak menerimanya. Semua kejadian ini menggagalkan usaha 100 hari pertama sebagai First Lady di Malaysia.

Penulis mencadangkan untuk 100 hari berikutnya, Rosmah perlu mengubah gayanya bagi sedikit menjernihkan wataknya dimata masyarakat. Langkah pertama beliau perlu ke Mekah menunaikan Umrah dan Haji. Pulang sahaja ke negara beliau perlu mengenakan tudung litup kepala dan perbanyakkan program di masjid surau. Setiap selepas magrib dan isyak, beliau perlu duduk di masjid Jalan Duta membaca Yasin membaca Surah Yasin dan sedekahkan untuk 'orang' yang sudah meninggal dunia.

Peranan Raja Katak dan Inspektor Pencen dalam Kes Khalwat Mat Sabu

1 comments

Mengingatkan detik-detik awal tahun 1995 sangat mencemaskan Parti Islam Semalaysia. Manakan tidak, ayat tambatan Pas Yb Haji Muhamad Sabu ditangkap di hotel Perdana Kota Bahru atas tuduhan berkhalwat. Beliau ditangkap oleh sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kelantan bersama seorang wanita bernama Normah.

Ketika ini suasana sedikit hangat dengan persiapan pilihanraya umum yang akan diadakan pada 25 April 1995. Muhamad Sabu ketika itu merupakan Naib Ketua Pemuda Pas Pusat yang juga Ahli Parlimen Nilam Puri Kelantan. Tangkapan ini dilihat bonus bagi Umno yang akan berhadapan dengan Pas dalam pilihanraya. Maka berita tangkapan ini hebah dimedia-media massa milik parti pemerintah.



Manakala Hj Muhamad sabu pula telah mengadap Tok Guru Nik Aziz menjelaskan keadaan. Beliau menafikan telah berkhalwat dan menyatakan tangkapan itu satu konspirasi untuk memburukkannya menjelang pilihanraya. Atas tanggungjawab tidak mahu membebankan jemaah, Muhamad Sabu meletakkan jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda Pas sehingga kesnya selesai. Manakala pihak penerangan Pas Pusat telah telah mengatur program penerangan untuk menangkis isu ini di setiap negeri. Haji Muhamad Sabu bersama isterinya yang juga bernama Normah Alwi bersama dengan tertuduh wanita yang ditangkap bernama Normah dan suaminya Bukhari setiap malam berpentas ke seluruh negara menerangkan isu ini.

Penulis teringat ketika itu masih dibangku sekolah bersemangat memberi sokongan kepada Haji Muhamad Sabu ketika beliau memberikan ceramahnya di Markaz Pas Darul Amin Sungai Gau Temerloh. Kehadiran pada malam itu sekitar 10 ribu orang. begitu juga sambutan di negeri lain khususnya di Kelantan dan Kedah menjangkau lebih 30 ribu orang disetiap ceramah beliau. Bukhari yang juga suami Normah tersebut merupakan kawan baik Muhamad Sabu. Dia dikatakan mengirim ubat kepada Haji Muhamad Sabu melalui isterinya di Hotel Perdana. Apabila sampai sahaja di pintu hotel, sepasukan penguatkuasa menangkap mereka. Pelik juga, bagaimana penguatkuasa sudah bersedia di hotel tersebut. Maka dijajalah di dalam ceramah-ceramah mereka bahawa perkara itu dirancang pihak Umno. Namun persoalannya merancang bagaimana? Oleh kerana fanatik Pas ketika itu dan thiqah yang tinggi pada Mat Sabu, semua ahli-ahli bersetuju bahawa ini perancangan kotor Umno untuk menjatuhkan Pas dekat pilihanraya.

Selepas kes dibicarakan, Haji Muhamad Sabu menang dan dibebaskan. Beliau gagal dibuktikan bersalah oleh pihak pendakwa. Kebetulan kes ini berjalan cepat dan keputusannya diumumkan sebelum pilihanraya umum 25 April 1995. maka dalam pilihanraya berikutnya beliau yang bertanding di Parlimen Kubang Kerian menang sekali lagi untuk kali yang kedua.

Selepas itu, heboh pula pengakuan seorang penguatkuasa yang menangkap Haji Muhamad Sabu bahawa mereka telah diarahkan oleh seorang 'Datok' untuk melakukan tangkapan tersebut. Beliau mendedahkan bahawa 'Datok' ini telah menjanjikan habuan besar kepada mereka untuk melaksanakan konspirasi 'mengenakan' Mat Sabu itu. Turut didedahkan, selain 'Datok' ini, ada seorang lagi terlibat dalam kes ini iaitu bekas seorang 'Inspektor'.

Siapakah Datok dan bekas Inspektor ini? Maklumat yang diberikan bahawa Dato ini merupakan bekas pimpinan Parti Semangat 46 yang menyertai Umno dan menjadi pemimpin Umno di Pasir Mas. manakala Inspektor itu pula dikatakan ialah sahabat Mat Sabu sendiri yang bernama Bukhari tersebut. Rupa-rupanya Mat Sabu terjerat setelah berkawan lama dengan lelaki ini. Manakala Datok itu pula karier politiknya tidak menentu sehingga dipecat dari Umno. Namun beberapa tahun kebelakangan ini dia kembali bernafas setelah menang atas tiket pembangkang di Kelantan.