KAWASAN Lembah Pantai merupakan salah satu dari parlimen di Kuala Lumpur. Ia bermula dari Briekfiel sehinggalah perumahan Sentosa di Jalan Kelang Lama. Di kawasan ini terdapat pusat perniagaan di Bangsar, Universiti Malaya, Institut Bahasa Lembah Pantai dan berbagai institusi pendidikan.
Penduduk Lembah Pantai terdiri daripada 70 peratus lebih berbangsa Melayu dan selebihnya bangsa India dan Cina. Mereka terdiri daripada golongan middle class yang mendiami perumahan sekitar Bukit Pantai, Bukit Bandaraya Bangsar dan Pantai Hillpark. Juga golongan rakyat biasa yang mendiami perumahan flat dan perkampungan setinggan di Kg Kerinchi, Kg Abdullah Hukum dan lain-lain.
Kawasan ini didiami oleh penduduk tempatan dan juga penduduk luar yang bekerja di Lembah Kelang serta bekas-bekas graduan Universiti Malaya. Banyak peristiwa bersejarah berlaku di kawasan ini khususnya bersangkutan dengan perjuangan rakyat bawahan. di kawasan ini kerap berlaku demonstrasi anjuran mahasiswa sejak tahun 60-an sehinggalah ke hari ini.
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
-
Oleh *HARIS ZALKAPLI*
Persaingan merebut kuasa dan pengaruh dalam dunia Islam, terutama
melibatkan rantau Asia Barat antara Arab Saudi dan sekutu dengan ...
8 years ago
0 comments:
Post a Comment