ad

Friday, July 17, 2009


Peranan Raja Katak dan Inspektor Pencen dalam Kes Khalwat Mat Sabu


Mengingatkan detik-detik awal tahun 1995 sangat mencemaskan Parti Islam Semalaysia. Manakan tidak, ayat tambatan Pas Yb Haji Muhamad Sabu ditangkap di hotel Perdana Kota Bahru atas tuduhan berkhalwat. Beliau ditangkap oleh sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kelantan bersama seorang wanita bernama Normah.

Ketika ini suasana sedikit hangat dengan persiapan pilihanraya umum yang akan diadakan pada 25 April 1995. Muhamad Sabu ketika itu merupakan Naib Ketua Pemuda Pas Pusat yang juga Ahli Parlimen Nilam Puri Kelantan. Tangkapan ini dilihat bonus bagi Umno yang akan berhadapan dengan Pas dalam pilihanraya. Maka berita tangkapan ini hebah dimedia-media massa milik parti pemerintah.



Manakala Hj Muhamad sabu pula telah mengadap Tok Guru Nik Aziz menjelaskan keadaan. Beliau menafikan telah berkhalwat dan menyatakan tangkapan itu satu konspirasi untuk memburukkannya menjelang pilihanraya. Atas tanggungjawab tidak mahu membebankan jemaah, Muhamad Sabu meletakkan jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda Pas sehingga kesnya selesai. Manakala pihak penerangan Pas Pusat telah telah mengatur program penerangan untuk menangkis isu ini di setiap negeri. Haji Muhamad Sabu bersama isterinya yang juga bernama Normah Alwi bersama dengan tertuduh wanita yang ditangkap bernama Normah dan suaminya Bukhari setiap malam berpentas ke seluruh negara menerangkan isu ini.

Penulis teringat ketika itu masih dibangku sekolah bersemangat memberi sokongan kepada Haji Muhamad Sabu ketika beliau memberikan ceramahnya di Markaz Pas Darul Amin Sungai Gau Temerloh. Kehadiran pada malam itu sekitar 10 ribu orang. begitu juga sambutan di negeri lain khususnya di Kelantan dan Kedah menjangkau lebih 30 ribu orang disetiap ceramah beliau. Bukhari yang juga suami Normah tersebut merupakan kawan baik Muhamad Sabu. Dia dikatakan mengirim ubat kepada Haji Muhamad Sabu melalui isterinya di Hotel Perdana. Apabila sampai sahaja di pintu hotel, sepasukan penguatkuasa menangkap mereka. Pelik juga, bagaimana penguatkuasa sudah bersedia di hotel tersebut. Maka dijajalah di dalam ceramah-ceramah mereka bahawa perkara itu dirancang pihak Umno. Namun persoalannya merancang bagaimana? Oleh kerana fanatik Pas ketika itu dan thiqah yang tinggi pada Mat Sabu, semua ahli-ahli bersetuju bahawa ini perancangan kotor Umno untuk menjatuhkan Pas dekat pilihanraya.

Selepas kes dibicarakan, Haji Muhamad Sabu menang dan dibebaskan. Beliau gagal dibuktikan bersalah oleh pihak pendakwa. Kebetulan kes ini berjalan cepat dan keputusannya diumumkan sebelum pilihanraya umum 25 April 1995. maka dalam pilihanraya berikutnya beliau yang bertanding di Parlimen Kubang Kerian menang sekali lagi untuk kali yang kedua.

Selepas itu, heboh pula pengakuan seorang penguatkuasa yang menangkap Haji Muhamad Sabu bahawa mereka telah diarahkan oleh seorang 'Datok' untuk melakukan tangkapan tersebut. Beliau mendedahkan bahawa 'Datok' ini telah menjanjikan habuan besar kepada mereka untuk melaksanakan konspirasi 'mengenakan' Mat Sabu itu. Turut didedahkan, selain 'Datok' ini, ada seorang lagi terlibat dalam kes ini iaitu bekas seorang 'Inspektor'.

Siapakah Datok dan bekas Inspektor ini? Maklumat yang diberikan bahawa Dato ini merupakan bekas pimpinan Parti Semangat 46 yang menyertai Umno dan menjadi pemimpin Umno di Pasir Mas. manakala Inspektor itu pula dikatakan ialah sahabat Mat Sabu sendiri yang bernama Bukhari tersebut. Rupa-rupanya Mat Sabu terjerat setelah berkawan lama dengan lelaki ini. Manakala Datok itu pula karier politiknya tidak menentu sehingga dipecat dari Umno. Namun beberapa tahun kebelakangan ini dia kembali bernafas setelah menang atas tiket pembangkang di Kelantan.

1 comments:

pembuka.wardah.rasuah on November 10, 2010 at 6:34 PM said...

SATU SOALAN TEPU .. PAS TIADA WANITA? YANG BOLEH DITITIPKAN ?
2 PAS TIADA BELAJAR AGAMA? YANG MENGATAKAN LELAKI DAN PEREMPUAN HARAM BERDUA-DUAN DALAM BILIK HOTEL
ASAL PEREMPUAN TU TAK TURUN UNTUK AMBIL UBAT? ANDAI DIA SAKIT TAK BOLEH BERJALAN ASAL TAK DIBAWAKAN KE HOSPITAL?
PERSOALAN TIGA SEBELUM DIBICARAKAN SEMUA ANGGAP ITU KES NAYA ASAL? TAK BALIK KE ARAH ISLAM YANG RASUL MENUNJUKAN CONTOH SEWAKTU AISYAH DI FITNAH DALAM KES ZINA?
JADI KESIMPULAN NYA PAS BUKAN ISLAM WAKAKAKAKKAKAKAKAK

Post a Comment