ad

Friday, July 17, 2009


Pengeboman JW Meriot di Jakarta Agenda Tundukkan Presiden Baru?

PENGEBOMAN dua hotel di Jakarta lewat semalam menimbulkan pelbagai spekulasi. Seperti biasa apabila berlaku pengeboman, maka sasaran tuduhan dilemparkan kepada kumpulan Al Qaeda dan jaringannya Jemaah Islamiah JI. Salah sebuah hotel tersebut ialah JW Meriot.

Indonesia masih panas dengan pemilihan Presiden yang baru untuk penggal ini. Tiga calon utama Sosilo Bambang Yodoyano, Yusuf Kalla dan Megawati bersaing dalam pemilihan ini. Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan, namun umum mengetahui bahawa Sosilo membolot undi tertinggi berbanding dua calon tersebut.



Sosilo daripada Parti Demokrat telah membuat pakatan dengan 10 buah parti-parti Islam di Indonesia. Antaranya Parti Keadilan Sejahtera dan Parti Bulan Bintang. Sokongan kuat yang diberikan kumpulan parti Islam ini menjadi salah satu faktor besar kemenangan beliau selain isu-isu lain yang menjerat dua calon presiden yang bertanding.

Kemenangan ini sudah tentunya akan dikongsi bersama dengan parti-parti pakatan mereka. Jemaah menteri yang akan dilantik juga akan dibahagi-bahagikan kepada pakatan pemilihan presiden ini. Secara tidak langsung, wakil-wakil daripada parti Islam akan turut sama memainkan peranan dalam pemerintahan Sosilo selepas ini. Keadaan ini sudah tentulah membimbangkan Amerika dan golongan liberal yang berganding dengan PDI Perjuangan pimpinan Megawati.

Ketika Sosilo berpakat dengan Jusuf Kalla daripada Parti Golkar sebelum ini pun, mereka menjadi penentang kuat kepada undang-undang anti porno yang dibuat kerajaan. Sudah tentulah apabila bergabung dengan banyak parti Islam, keadaan ini akan lebih menggugat dasar bebas mereka. bagi Amerika dan sekutunya pula, mereka seboleh-bolehnya tidak mahu melihat kebangkitan Islam dirantau Asia Tenggara khususnya Indonesia yang mempunyai bilangan umat Islam teramai di dunia.

Oleh itu, pengeboman dua hotel ini mengimbas kembali keadaan yang berlaku dizaman pemerintahan BJ Habiebie dan Gus Dur yang sedikit terbuka kepada parti-parti Islam. Persoalan yang timbul pada hari ini, adakah benar pengeboman ini dilakukan oleh rangkaian Al Qaeda ataupun oleh pihak lain yang akan memaksa pemerintah Indonesia tunduk kepada kehendak mereka untuk menyekat gerakan Islam di Indonesia.
Posted by Pantai Today Group

0 comments:

Post a Comment