ad

Friday, July 17, 2009


Mansuhkan ISA: Desakan Pak Lah Wakili Sebahagian Anggota BN


Ucapan Pak Lah ketika menerima anugerah kedoktoran dari UUM tempoh hari berkaitan ISA menjelaskan lagi keperluan untuk menghapuskan akta tersebut. Jika sebelum ini mangsa dan keluarga serta parti pembangkang yang mendesak. Kini desakan itu datang daripada seorang bekas penguasa dalam ISA.

Abdullah pernah menjadi menteri Dalam Negeri yang secara langsung beberapa kali menandatangani perintah tahanan ISA. Dia juga sentiasa menerima laporan daripada Lembaga Penyiasat Tahanan ISA setiap beberapa bulan. Oleh itu segala maklumat berkaitan ISA dalam kepalanya. hari ini setelah tidak berkuasa, secara terang-terangan beliau menyeru supaya akta ini dihapuskan demi memelihara hak-hak asasi manusia.

Abdullah juga mengakui bahawa akta ini telah disalahgunakan sehingga ianya menyekat hak-hak asasi manusia. Walaupun secara pribadi beliau inginkan sebuah undang-undang pencegahan terhadap aktiviti keganasan, namun beliau tetap mengakui bahawa ISA banyak disalahgunakan. Oleh itu tidak ada jalan lain untuk kembalikan demokrasi dan hak asasi melainkan dengan menghapuskan terus akta ini.

Desakan Abdullah ini dibuat ketika Gerakan Mansuhkan ISA sedang bersiap untuk mengadakan himpunan besar di Kuala Lumpur bagi memansuhkan ISA. Oleh itu kenyataan Abdullah itu dilihat seperti menyokong niat penganjur perhimpunan ini ataupun secara tidak langsung sebenarnya beliau menyokong perhimpunan 1 Ogos ini. Jika benar, ianya tidaklah pelik kerana ketika perhimpunan Anti PPSMI awal tahun lalu, Abdullah memberi respon positif supaya segera diambil tindakan terhadap isu ini walaupun tidak diselesaikan dizaman pemerintahannya.

Keduanya, tindakan pemuda Parti Gerakan secara berani mengumumkan akan turut serta dalam himpunan MANSUH 1 Ogos ini dan juga protes terbuka beberapa parti kompenen Barisan Nasional terhadap ISA menunjukkan amarah rakyat pelbagai bangsa tanpa batasan politik yang inginkan akta ini segera dimansuhkan. Oleh itu sebelum terlambat, Najib perlu segera bertindak, ataupun beliau masih bersedia menanti kenyataan bantahan terhadap ISA dilakukan oleh beberapa menteri kabinetnya sendiri.

0 comments:

Post a Comment