Seorang sahabat daripada Umno mengatakan bahawa Ezam Mohd Nor penceramah Umno menjadi salah satu sebab kekalahan BN dalam pilihanraya dua bukit ini. Ini kerana Ezam telah berkempen di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau dan bukit Gantang. Keempat tempat ini BN kalah. Sebaliknya Ezam tidak berkempen di Batang Ai, maka BN terselamat daripada kekalahan.
Keduanya kata sahabat ini, ceramah Ezam yang diikuti secara langsung atau melalui media yang menulis tentang isi ceramahnya mendatangkan bosan pengundi terpelajar kepada BN. Setelah terkenal dengan gempaknya yang sering dilaungkan, namun apabila dikhabarkan ia tidak gempak. Di Kuala Terengganu Ezam menyatakan akan 'mendedahkan' rahsia besar. Tetapi apabila didedahkan hanyalah mengenai surat Anwar kepada mahathir minta berdamai.
Begitu juga di Bukit gantang. Ezam mendedahkan Anwar pernah mengatakan kepadanya bahawa Najib pemimpin paling cerdik dalam pemuda Umno ketika itu. 'Gempaknya' ini tidak bernilai dan dianggap kehabisan modal. Tok Guru Nik Aziz pun pernah memuji mahathir cerdik. Tidak jadi masalah.
Ketiganya Ezam dilihat sentiasa menjadikan topik utama serangannya adalah Anwar Ibrahim. Pengundi dan golongan terpelajar melihat perjuangan Ezam tidak lebih daripada dendam peribadi disebabkan gagal mengambil 'port' kanan di sisi Anwar selepas Anwar dibebaskan.
Sahabat saya yang pernah rapat dengan Ezam memaklumkan kepada Ezam telahan sebahagian ahli Umno yang menyatakan Ezam salah satu penyebab kekalahan. Ezam membalasnya menyatakan:
"ibiasalah tu, yang penting tempat yang saya ceramah undinya meningkat. di Bukit Gantang dan Kuala Terengganu, tempat saya ceramah, undinya meningkat berganda-ganda,"
Penulis cuba mendapatkan maklumat daripada kawan-kawan di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang. Mereka mengatakan kedua-dua tempat ini undi BN kalah. Tidak ada peningkatan berganda. Di Bukit gantang Ezam berceramah dalam dun Cangkat Jering dan umum mengetahui dun Changkat Jering Pas menang Besar. Sekali lagi Ezam dilihat berbohong setelah terpedaya atau syok sendiri dengan 'gempaknya'.
Namun penulis berharap rakan-rakan di luar tidak membantai Ezam terus menerus, kerana dia berada dalam dua kesedihan besar. Pertamanya kemasukan Tun dr mahathir yang dilihat Ezam sebagai ancaman dan musuhy ketatnya. Kerana ketika Ezam menyertai Umno, dia menyatakan keyakinan terhadap pemerintahan Abdullah Badawi berbanding pemerintahan Mahathir. Bermakna Ezam lawan UMNO sebelum ini disebabkan dipimpin mahathir.
Keduanya Ezam dalam kesedihan kerana tidak dilantik sebagai Senator dan menteri atau timbalan menteri oleh kabinet Najib Razak. Lokman Nor Adam pernah mendedahkan Ezam pernah berunding dengan Khir Toyo dan Mat Taib sebelum pru 2004 untuk menyertai Umno dengan syarat Umno memberi jawatan sekurang-kurangnya timbalan menteri. Namun tuntutan itu tidak dipenuhi, maka Ezam tidak jadi masuk Umno ketika itu. Hanya Roslan Kasim, Hamdan Taha, Zahid mat Arif dan lain-lain sahaja yang menyertai Umno.
* Malam esok bacaan Yasin untuk Ezam akan diadakan di kerajaan di bawah payung.
0 comments:
Post a Comment