Tahniah penduduk parlimen Lembah Pantai kerana mendapat dua menteri dalam satu masa. Rakyat Perlis kesediahan tidak mendapat menteri, tetapi di Lembah Pantai satu parlimen sahaja dapat dua menteri. Raja Nong Chik adalah ketua Umno Bahagian yang baru yang telah mengalahkan penyandang sebelumnya Yusri Kondo Rakyat.
Dato Shahrizat juga merupakan bekas MP Lembah Pantai dan dilihat akrab dengan penduduk di sini walaupun dia ahli Umno bahagian Puchung. Raja Nong Chik seorang korporat yang memiliki syarikat kontruction. Maklumat juga mengatakan dia merupakan pengerusi persatuan kontraktor bumiputera Malaysia.
Bagaimana dia yang tidak terkanal naik menjadi menteri. Maklumat yang diterima, Raja Nong Chik mempunyai hubungan yang baik dengan Rosmah mansur isteri Najib. Maka tidak hairan ada yang mengatakan tingkat empat JPM akan diganti dengan Kak Mah.
Apa pun perkenalan tentang Raja Nong Chik ini menunjukkan ada sedikit kelainan berbanding pemimpin Umno yang lain. Dia tidak bercakap politik atau membantai pembangkang dalam program bukan kepartian. Namun kenyataan pertamanya setelah dilantik sebagai menteri membuatkan kami memikirkan sesuatu.
Raja Nong Chik mengatakan beliau akan berusaha memulihkan sokongan pengundi kepada BN di Wilayah setelah dilantik menjadi menteri Wilayah. Sepatutnya ucapan pertama beliau ialah untuk menyelesaikan segala kes tertunggak yang berlaku di bawah pengurusan DBKL. Namun dilihat seolah-olah beliau akan menggunakan jawatannya untuk kepentingan UMNO.
Jadi, peringatan kepada Raja Nong Chik, jangan bertindak cara politik lama. Kerana cara politik lamalah BN tidak mendapat tempat sampai hari ini di kalangan rakyat Kelantan. Begitu juga perkara yang sama akan berlaku di Perak.
Anda bekerja, rakyat memerhati. Pengundi di Wilayah Kuala Lumpur celik maklumat dan mereka akan mengadili sama ada Menteri Wilayah mengamalkan politik lama atau beralih kepada politik baru yang adil bersih dan berkebajikan.
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?
-
Oleh *HARIS ZALKAPLI*
*Lawatan Presiden Donald Trump ke Arab Saudi dan ucapannya semalam memberi
gambaran jelas satu kesepakatan yang diusahakan oleh Amer...
7 years ago
0 comments:
Post a Comment