ad

Sunday, April 12, 2009


KAFA: Annuar Musa Pergi, Nik Abduh Mari


Rusuhan yang berlaku di stadium sultan Muhammad Kota Bharu kelmarin memalukan negara. Penyokong Kelantan telah merusuh dan membakar trak polis sehingga memaksa polis melepaskan gas pemedih mata. Malah lebih panas lagi ada peniaga yang buta mata didakwa terkena kelongsong peluru gas FRU.

Jika dahulu, media akan terus menyerang kerajaan Kelantan. Namun umum mengetahui Annuar Musa Pengerusi Umno Kelantan lah yang mengetuai KAFA iaitu persatuan Bola Sepak Kelantan. Maka semua jari tertunding kepada Annuar Musa yang mesti bertanggungjawab dalam isu ini. annuar Musa naik menjadi pengerusi KAFA bukan kerana kehandaln atau pakar dalam bola sepak. Tetapi kerana Khairi naik menjadi pimpinan FAM, maka dia juga inginkan KAFA bagi merapatkan hubungan dengan Khairi. Namun kini, belum sempat Annuar mengotakan janjinya menaikkan bola sepak Kelantan, datang dua kemalangan besar kepada beliau iaitu Khairi kehilangan kuasa besar setelah PM bertukar kepada Najib dan keduanya rusuhan besar selepas kekalahan pasukan Kelantan kelmarin.

Oleh itu beliau boleh berundur dan digantikan dengan orang lain. Ada dua nama di Kelantan yang terkenal dengan jaguh bola atau pengikut tegar bola sepak dunia iaitu YB Takiyudin Hasan dan Ustaz Nik Abduh. Takiyudin memang handal bermain bola. malah setiap petang dia bermain bola dengan Tengku mahkota di Padang Putik. Dia juga timbalan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia. Namun penulis tidak kenal rapat dengan beliau.

Keduanya Ustaz Nik Abduh. Dia memang kaki bola. Dia pernah menyatakan kepada penulis bahawa dia tahu bagaimana cara untuk meningkatkan bola sepak Kelantan ke tahap yang terbaik. Pertama katanya, pemain mesti mendapat gaji yang cukup dan kedua pemain mempunyai motivasi tinggi. Dalam lawatan beliau ke UK tahun lepas, beliau telah melawat Stadium New Casle. Di sekeliling stadium itu penuh dengan lot-lot kedai dan pejabat syarikat-syarikat besar Eropah yang menjadi penaja pasuka bola sepak tersebut. Mereka menaja pasukan tersebut dengan tujuan untuk mengiklankan syarikat mereka kepada dunia bola yang ramai peminat.

Oleh itu kata Nik Abduh, beliau akan mencari banyak tajaan daripada syarikat korporat untuk menaja pasukan dipimpinnya. Pemain akan diberi gaji yang baik dan berlatih dengan penuh semangat. Jika pasukan ini menang, maka akan bertambah tajaannya. Apabila pasukan ini dilihat hebat bermain, maka ramai peminatnya. Maka kerajaan negeri juga akan bertambah pendapatan. caranya bagaimana. Apabila pasukan ini hebat, penyokong sanggup membayar harga yang tinggi bagi menyaksikan perlawanan. maka bertambahlah pendapatan kerajaan negeri hasil jualan tiket stadium.

Jika dilihat kenyataan ini ada kebenarannya. isu yang banyak berlegar dalam bola sepak Malaysia ialah duit. Pemain gaji tertunggak. Gajinya sedikit. Oleh itu memanglah mereka kurang bersemangat. Sebabnya apa? Kerana bola sepak negara ditadbir oleh orang politik yang bukan arif dalam hal bola sepak. Maka berlakulah banyak ketirisan dalam peruntukan bola sepak. Oleh itu, penulis menyokong supaya dilantik Nik Abduh sebagai Pengerusi KAFA. Jika ideanya ini dianggap lapok pun, ia tetap lebih baik daripada Annuar Musa. masalahnya hanya satu. bapa si Ustaz Nik Abduh ini ialah MB Kelantan. Jika beliau terpilih, maka dikatakan kronisme. Maka bagaimana cara yang lain? Pembaca boleh menjawabnya.

Berbeza di Perak, pentadbiran kerajaan negeri sekarang ditadbir BN setelah rampasan. Tetapi bola sepak dipengerusikan oleh Nizar daripada Parti Pas. Pengurusnya bola kawan baik Ustaz Nik Abduh, iaitu Ustaz Norazli Musa Toliban. Jika bertemu keduanya dalam majlis politik, mereka tetap bersembang hal bola.

0 comments:

Post a Comment