Jangan samakan 'one Malaysia' dengan Malaysian Malaysia. Orang Melayu mewakil 60 peratus rakyat Malaysia. Jika ada sesiapa menyamakan 'satu Malaysia' dengan Malaysian Malaysia, Perkasa dan kaum bumiputera akan bangkit menentang mereka. Orang-orang Melayu yang mewakil 60 peratus ini sedia berdepan dengan mana-mana pihak demi mempertahankan konsep 'satu Malaysia'.Demikian kenyataan Dato Ibrahim Ali yang ahli parlimen Pasir Mas yang juga Presiden Perkasa.
Konsep Malaysian Malaysia diperjuangkan DAP sejak sekian lama. 'One Malaysia' pula dibawa Najib beberapa hari yang lalu. Konsep yang Najib bawa ini kata Tok Guru Nik Aziz ada kesamaan dengan konsep 'Pas For All' yang dahulu diperjuangkan oleh Pas dan ia juga sama dengan Malaysian Malaysia yang diperjuang DAP. Oleh itu, kami mencadangkan Ibrahim Ali bangkit berlawan dengan Tok Guru Nik Aziz kerana dialah yang menyamakan konsep Najib dengan Konsep DAP tersebut. Adakah Ibrahim berani berbuat demikian?
Keduanya, Ibrahim Ali sering membuat kenyataan mewakili Melayu dan menggempak masyarakat bukan Melayu bahawa dia akan menggerakkan puluhan ribu orang Melayu menentang pengkhianat negara dan bangsa. Mulanya dahulu Ibrahim menganjurkan satu perhimpunan bumiputera Malaysia yang dihadiri veteran-veteran UMNO termasuk Tun Ghafar Baba bagi menyatakan penentangan terhadap corak pemerintahan Mahathir. Dipasang sepanduk seluruh Kuala Lumpur dengan lambang keris berdarah sebagai simbolik amaran kepada pihak yang berlawan dengannya. Dalam perhimpunan itu Ibrahim dan puak-puaknya berceramah memberi amaran itu dan ini jika tuntutan mereka tidak ditunaikan. Namun selepas himpunan tidak ada sebarang tindakan dibuat dan mereka dilupakan.
Kemudian Ibrahim menubuhkan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan MTRK juga dengan gemparnya mengistiharkan penentangan terhadap pihak yang cuba mengganggu kedaulatan raja-raja Melayu dan keistimewaan orang Melayu. Setiap program beliau akan memberi amaran akan menggerakkan puluhan ribu orang Melayu dan sanggup bermandi darah mempertahankan bangsa. namun di setiap himpunan yang beliau buat, tidak lebih dari seribu orang yang hadir. Terbaru dia menubuhkan Perkasa. beberapa minggu yang lalu dia mengadakan himpunan di PWTC dan menjemput Tun Mahathir berucap. Tujuannya adalah untuk memperjuangkan Melayu. Sekali lagi Ibrahim Ali menggerparkan Malaysia bahawa dia akan himpunkan puluhan ribu orang Melayu. Namun pemerhati yang turut serta menyatakan tidak lebih daripada 500 orang sahaja yang hadir.
Bila tiba isu 'one Malaysia' Ibrahim menggempar sekali lagi. Berapa ramai lagi akan percayakan Ibrahim. Atau pun Ibrahim Ali syok sendiri. Keduanya beranikah Ibrahim menentang Tok Guru Nik Aziz? Khuatir jika beliau tentang ia akan membunuh diri sahaja kerana kehadiran sudah tentu tidak sampai dua raus orang. Maka teruslah Ibrahim Ali menjadi penggempar Malaysia.
Sedikit tambahan. Ketika Mahathir meminda perlembagaan dengan menghadkan kuasa raja-raja Melayu, ketika itu Ibrahim Ali berada bersama Umno. Kenapa ketika itu dia tidak menentang? Ibrahim tidak perlu jawab. Sebab sudah diketahui dia kaki gempak. Mungkin juga dia sifu kepada Ezam Mohd Nor yang juga kaki gempak!
0 comments:
Post a Comment