ad

Monday, May 4, 2009


HENTI SEJENAK, RENUNG BERPANJANGAN

0 comments



JANGAN TOLAK SETELAH DIAMANAHKAN
JANGAN REBUT SAMPAI BERKEMPEN




Berikut tulisan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
(Pesuruhjaya PAS Pahang)


Sewaktu Nabi mengiklankan satu jawatan untuk diisi oleh para sahabat, lalu datanglah Abu Zar al-Ghifari memohon jawatan tersebut, melihat yang memohon itu Abu Zar, lalu nabi menyatakan:

"Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau lemah, sedangkan jawatan ini satu amanah, kelak nanti di hari akhirat engkau akan akan dukacita dan menyesal ; melainkan engkau ambil dengan selayaknya dan engkau tunai pula amanahnya".

Hadis ini seharusnya menjadi dasar pegangan setiap kita agar tidak terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan, kerana beratnya bebanan yang terpaksa ditanggung nanti.

Muawiyah bin Abu Sufyan disaat kematiannya menungkapkan kata-kata masyhur
‘Alangkah sedikitnya bekalan, alangkah jauhnya perjalanan dan alangkah beratnya bebanan’.

Rasulullah juga pernah memberi amaran antara lain mafhumnya:

‘Jangan kamu mendesak untuk mendapatkan jawatan, kerana sesiapa yang mendapatkannya sedang orang ramai tidak meredhainya, maka Allah tidak akan membantunya’.

AlHamdulillah, semangat keimanan tersebut telah tersemat kukuh dalam jamaah kita, sehingga setiap kita merasa berat untuk menerima jawatan tersebut. Tetapi kita juga sedar dengan apa yang diucapkan oleh Presiden, menerima jawatan dalam jamaah adalah perlumbaan untuk membuat kebaikan dan memperjuangkan Islam.

Kita rasa seronok bilamana kita boleh menyumbangkan sesuatu kepada jamaah, walaupun kita tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti. Betapa ramainya golongan yang ikhlas dalam perjuangan ini sanggup korbankan harta, masa dan tenaga untuk kemenangan Islam, walau mereka tidak memegang apa-apa jawatan dan jauh dari dipilih sebagai calon dalam pilihanraya.

Jamaah kita didokongi oleh ahli yang ikhlas, kepimpinan yang wibawa dan kemantapan jamaah yang hebat. Kita sedar musuh amat cemburu dengan muafakat jamaah yang kita ada. Mereka cuba memecahkan perpaduan kita, mereka cuba laga-lagakan antara kita, kerana itu kita harus sedar agar tidak jadi jurucakap bagi pihak musuh.

Dalam kebimbangan dan ketakutan untuk menerima amanah ini, kita juga diberi amaran oleh Rasulullah antara lain Baginda mengingatkan sesiapa yang ummah/orang ramai mengharapkan kepadanya untuk menjaga maslahah mereka, lalu dia melarikan diri (enggan menerima) maka aku tak ingin berjumpa dengannya nanti di padang mahsyar. ( Nauzubillah).

Oleh itu pertimbangan yang wajar ialah berada di antara takut dan harap. Takut Rasulullah murka, dan harap Allah bantu dengan amanah ini.

Oleh itu menjadi tanggungjawab perwakilan yang menerima amanah ahli bawahan meneliti dengan keilmuan, menolak sentimen dan emosi, meletakkan kepentingan jamaah di hadapan agar membuat pilihan yang sebaik-baiknya bagi menerajui kepimpinan jamaah kita.

Namun kemungkinan pilihan kita bertepatan dengan pilihan ramai, lalu yang kita cadang menerima amanah; atau mungkin juga berlaku sebaliknya. Kita harus sedar, setelah diputus oleh jamaah maka kita mesti wala’ kepada kepimpinan yang dipilih. Perlantikan sebagai pimpinan menuntut kita taat dan wala’ kepadanya ‘ walaupun dari hamba berkulit hitam, berbangsa Habashi sekalipun’. Ini lebih penting dari pemilihan, kerana soal pemilihan boleh selesai dalam sehari, tetapi soal wala’ akan berpanjangan sehingga muktamar akan datang.

Kepada yang terpilih menerajui kepimpinan kawasan, dewan dan akan terpilih dalam muktamar pusat, ingatlah akan doa saidina Umar Al-Khattab:

“Ya Allah, engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka janganlah engkau bebankan pula aku dengan bebanan yang berat diakhirat”.

Ingatlah kita sebenarnya belum diuji oleh Allah dengan kemenangan besar yang menanti kita- Semoga Allah tidak menguji kita sebagaimana Allah menguji umat sebelum kita, Wassalam.

Mau'izah untuk ana dan para sahabat;

Tuan Ibrahim Tuan Man,
Temerloh - 30hb Mei


Sunday, April 19, 2009


Buat Zul Bakar: Azizan Razak bukan naib presiden

0 comments

siapa tidak kenal Zulkifli Bakar? Zulkifli Bakar suka menulis tentang politik. Ruangan rencana politik Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia selalu beliau penuhi dengan analisis terhadap parti Pakatan Rakyat.

Analisis yang beliau buat berbeza dengan Dr Aisar Yee yang menulis dalam Sinar Harian. Zul bakar menunjukkan sangat biasnya kepada parti pembangkang. Mingguan Ahad baru-baru ini menampakkan ceteknya maklumat Zul Bakar apabila menulis.

Pertama beliau ulas tentang pertandingan jawatan timbalan presiden Pas. Kemudian beliau menulis tentang jawatan naib presiden. menurut Zul Bakar, jawatan naib presiden yang dipegang Muhamad Sabu dan Azizan Razak juga dijangka akan dicabar. Pelik Zul ni. Bila masa pula Azizan Razak naib presiden pas. Beliau menjadi naib presiden empat tahun yang lepas atau dua penggal yang lalu.

Kemudian Zul bakar menasihatkan orang Pas supaya menjaga Pas atau memelihara prinsip Pas untuk perjuangan Islam daripada diubah. Pelik Zul ni. Sebelum ini dia menulis begitu banyak buruknya Pas dan dilihat Zul memang menyokong Umno yang melawan pas. Tiba-tiba dia suruh kukuhkan atau pertahankan prinsip perjuangan Pas. Apa punya Zul Bakar.

Tuesday, April 14, 2009


AWAS! 3 Menteri Besar Haram

0 comments

Ketua Penerangan Umno Perlis, Dato hashim Subuh mengatakan MB Perlis sekarang Mat Isa Sabu sebagai produk haram Umno. Ini memberi makna Mat Isa Sabu adalah Menteri Besar haram. Maka bertambahlah rakan sekerja Zamri Kadir MB Haram Perak.

Menurut Datuk Hashim, sepatutnya Shahidan Kasim yang menjadi pengerusi perhubungan Umno Perlis menjadi Menteri Besar, bukannya Mat Isa. Jadi dia dikira produk haram. Keadaan gawat juga sedang berlaku di Terengganu. Namun setakat ini 10 adun yang menentang Ahmad said hanya berani memboikot sidang. Mereka belum mengumumkan Ahmad Said sebagai MB haram. Bila diumumkan maka tertubuhkan kesatuan MB haram Malaysia dengan diketuai oleh Zamri.

Sebenarnya pemimpin Umno Perlis dan Terengganu ini penderhaka raja. Sememangnya raja atau sultan punya kuasa untuk melantik sesiapa menjadi menteri besar. Tetapi raja dan sultan hanya tidak dibenarkan memecat Menteri Besar. Oleh itu Haji Nizar di Perak tidak dikira menderhaka kerana memang dibenarkan undang-undang untuk dia menolak arahan letak jawatan oleh baginda raja. Tetapi di Perlis, mereka membantah lantikan Raja Perlis yang sememangnya berkuasa melantik Menteri Besar. Oleh itu pemimpin Umno sohih penderhaka.

Ayuh Perwaris, Pakida, Bandak Bertindak Melayu, Perkasa, Brahim Ali, Pemuda Umno. Segera anjurkan demonstrasi di Perlis dan Terengganu.

Monday, April 13, 2009


TG Nik Aziz PM Malaysia

0 comments

Penukaran Abdullah kepada Najib sebagai PM tidak menghilangkan perbincangan siapa sebenarnya bakal PM Malaysia. Rakyat umumnya tidak melihat peralihan kuasa ini satu perubahan yang mereka idamkan. Kerana yang ditolak rakyat bukan pimpinan Abdullah sahaja, tetapi rakyat menolak Umno dan BN itu sendiri. Oleh itu penukaran Najib kepada Zahid Hamidi atau Fuad Zarkashi sekali pun sebagai PM baru, ia tidak merubah banyak tanggapan buruk rakyat kepada pemerintah Umno BN.

Oleh itu rakyat melihat kepada Pakatan Rakyat sebagai pengganti kepada kerajaan sedia ada. Mereka perlukan satu tokoh untuk memimpin Malaysia Baru dengan gaya politik baru. Di sebelah pihak Pakatan, mereka mencanangkan bakal kerajaan ini dipimpin oleh orang yang berintegriti, tidak rasuah, amanah, adil dan berkebajikan.

Penulis melihat Tok Guru Nik Aziz memenuhi kesemua kehendak ini. Pertamanya beliau berpengalaman hampir 20 tahun sebagai ketua kerajaan negeri Kelantan. Jika dilihat dikalangan pimpinan Pakatan, beliau lah yang paling lama memerintah dan memegang jawatan utama dalam kerajaan. Dato seri Anwar Ibrahim menjadi timbalan perdana Menteri selama 6 tahun dan sebelumnya menjadi menteri selama 10 tahun. Bermakna jumlahnya hanya 16 tahun.

Keduanya sepanjang 20 tahun menjadi MB terbukti integriti dalam pentadbirannya. Tidak ada sebarang exco, pegawai-pegawai besarnya yang dibuktikan melakukan rasuah. Jika dituduh dan didakwa ramai. Tetapi itu hanya agenda politik parti lawan sahaja. Buktinya tidak ada seorang pun yang dijatuhkan hukuman bersalah. Malah Menteri Besar dilihat orang yang amanah dalam kerjanya. beliau tidak membazir wang kerajaan. Malah wang gajinya sendiri dipotong untuk rakyat. Beliau boleh duduk di kediaman sendiri. walaupun Kelantan tidak semaju Pulau Pinang atau pun Johor, tetapi dalam keadaan menghadapi banyak sekatan kewangan daripada kerajaan pusat, beliau berjaya meletakkan negeri ini lebih maju dari jirannya Pahang dan Terengganu.

Ketiganya soal mampu menyatukan semua kaum dan agama. Kejayaan pihak lain menyatukan berbagai kaum dalam Pakatan bukanlah kerja yang mustahil. Kerana Pakatan itu sendiri dilihat terbuka kepada semua golongan kerana di dalamnya ada DAP dan PKR. Tetapi kejayaan Pas menyatukan berbagai kaum dan agama dalam sebuah Parti Islam yang jelas disebut 'Islamnya' merupakan suatu yang besar. Jadi kemasukan ramai ahli Kelab Penyokong Pas mutakhir ini menggambarkan betapa hebatnya penyatuan yang dibina oleh pimpinan Parti Islam ini khususnya Tok Guru Nik Aziz. Oleh itu tidak ada soal Tok Guru Nik Aziz tidak mampu satukan pelbagai kaum dan agama. Malah terbukti sejak awal pemerintahannya lagi, beliau memberi layanan dan jawatan kepada orang-orang Cina dan India dalam pentadbirannya. Ini baru beberapa tahun sahaja dilancarkan Kelab Penyokong tersebut.

Malah artis-artis juga begitu teruja dengan kepimpinan beliau. Penulis dapat merasakan, jika Tok Guru Nik Aziz berada ditampuk kuasa Pusat, dengan sendirinya ratusan artis yang ada dalam negara kita akan berubah mengikut rentak Islam yang diperjuangkan beliau. Ringgo yang tidak pernah berjumpa dan mendengar ucapan Tok Guru Nik Aziz, menjadi teruja apabila kali pertama mendengar ucapannya sehingga membuatkan dia terus buat keputusan menyertai Pas. Bayangkan jika semua artis, guru, pensyarah, wartawan, penoreh getah, penari, peguam, jurutera, nelayan dan lain-lain bertemu dan mendengar ucapan Nik Aziz, maka kesemuanya akan menyertai atau menyokong perjuangan Pas. Sememangnya NIk Aziz punya aura tersendiri yang turun dari langit hasil tahajutnya yang tidak pernah terhenti.

Oleh itu, saya berpandangan Tok Guru Nik Aziz lah yang paling tepat menjadi Perdana Menteri jika hendakkan keadilan, perpaduan, ketegasan, amanah, integriti, ekonomi yang kukuh dalam negara kita.

Sunday, April 12, 2009


KAFA: Annuar Musa Pergi, Nik Abduh Mari

0 comments

Rusuhan yang berlaku di stadium sultan Muhammad Kota Bharu kelmarin memalukan negara. Penyokong Kelantan telah merusuh dan membakar trak polis sehingga memaksa polis melepaskan gas pemedih mata. Malah lebih panas lagi ada peniaga yang buta mata didakwa terkena kelongsong peluru gas FRU.

Jika dahulu, media akan terus menyerang kerajaan Kelantan. Namun umum mengetahui Annuar Musa Pengerusi Umno Kelantan lah yang mengetuai KAFA iaitu persatuan Bola Sepak Kelantan. Maka semua jari tertunding kepada Annuar Musa yang mesti bertanggungjawab dalam isu ini. annuar Musa naik menjadi pengerusi KAFA bukan kerana kehandaln atau pakar dalam bola sepak. Tetapi kerana Khairi naik menjadi pimpinan FAM, maka dia juga inginkan KAFA bagi merapatkan hubungan dengan Khairi. Namun kini, belum sempat Annuar mengotakan janjinya menaikkan bola sepak Kelantan, datang dua kemalangan besar kepada beliau iaitu Khairi kehilangan kuasa besar setelah PM bertukar kepada Najib dan keduanya rusuhan besar selepas kekalahan pasukan Kelantan kelmarin.

Oleh itu beliau boleh berundur dan digantikan dengan orang lain. Ada dua nama di Kelantan yang terkenal dengan jaguh bola atau pengikut tegar bola sepak dunia iaitu YB Takiyudin Hasan dan Ustaz Nik Abduh. Takiyudin memang handal bermain bola. malah setiap petang dia bermain bola dengan Tengku mahkota di Padang Putik. Dia juga timbalan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia. Namun penulis tidak kenal rapat dengan beliau.

Keduanya Ustaz Nik Abduh. Dia memang kaki bola. Dia pernah menyatakan kepada penulis bahawa dia tahu bagaimana cara untuk meningkatkan bola sepak Kelantan ke tahap yang terbaik. Pertama katanya, pemain mesti mendapat gaji yang cukup dan kedua pemain mempunyai motivasi tinggi. Dalam lawatan beliau ke UK tahun lepas, beliau telah melawat Stadium New Casle. Di sekeliling stadium itu penuh dengan lot-lot kedai dan pejabat syarikat-syarikat besar Eropah yang menjadi penaja pasuka bola sepak tersebut. Mereka menaja pasukan tersebut dengan tujuan untuk mengiklankan syarikat mereka kepada dunia bola yang ramai peminat.

Oleh itu kata Nik Abduh, beliau akan mencari banyak tajaan daripada syarikat korporat untuk menaja pasukan dipimpinnya. Pemain akan diberi gaji yang baik dan berlatih dengan penuh semangat. Jika pasukan ini menang, maka akan bertambah tajaannya. Apabila pasukan ini dilihat hebat bermain, maka ramai peminatnya. Maka kerajaan negeri juga akan bertambah pendapatan. caranya bagaimana. Apabila pasukan ini hebat, penyokong sanggup membayar harga yang tinggi bagi menyaksikan perlawanan. maka bertambahlah pendapatan kerajaan negeri hasil jualan tiket stadium.

Jika dilihat kenyataan ini ada kebenarannya. isu yang banyak berlegar dalam bola sepak Malaysia ialah duit. Pemain gaji tertunggak. Gajinya sedikit. Oleh itu memanglah mereka kurang bersemangat. Sebabnya apa? Kerana bola sepak negara ditadbir oleh orang politik yang bukan arif dalam hal bola sepak. Maka berlakulah banyak ketirisan dalam peruntukan bola sepak. Oleh itu, penulis menyokong supaya dilantik Nik Abduh sebagai Pengerusi KAFA. Jika ideanya ini dianggap lapok pun, ia tetap lebih baik daripada Annuar Musa. masalahnya hanya satu. bapa si Ustaz Nik Abduh ini ialah MB Kelantan. Jika beliau terpilih, maka dikatakan kronisme. Maka bagaimana cara yang lain? Pembaca boleh menjawabnya.

Berbeza di Perak, pentadbiran kerajaan negeri sekarang ditadbir BN setelah rampasan. Tetapi bola sepak dipengerusikan oleh Nizar daripada Parti Pas. Pengurusnya bola kawan baik Ustaz Nik Abduh, iaitu Ustaz Norazli Musa Toliban. Jika bertemu keduanya dalam majlis politik, mereka tetap bersembang hal bola.

'ONE MALAYSIA': IBRAHIM ALI KAKI GEMPAK!

0 comments

Jangan samakan 'one Malaysia' dengan Malaysian Malaysia. Orang Melayu mewakil 60 peratus rakyat Malaysia. Jika ada sesiapa menyamakan 'satu Malaysia' dengan Malaysian Malaysia, Perkasa dan kaum bumiputera akan bangkit menentang mereka. Orang-orang Melayu yang mewakil 60 peratus ini sedia berdepan dengan mana-mana pihak demi mempertahankan konsep 'satu Malaysia'.Demikian kenyataan Dato Ibrahim Ali yang ahli parlimen Pasir Mas yang juga Presiden Perkasa.

Konsep Malaysian Malaysia diperjuangkan DAP sejak sekian lama. 'One Malaysia' pula dibawa Najib beberapa hari yang lalu. Konsep yang Najib bawa ini kata Tok Guru Nik Aziz ada kesamaan dengan konsep 'Pas For All' yang dahulu diperjuangkan oleh Pas dan ia juga sama dengan Malaysian Malaysia yang diperjuang DAP. Oleh itu, kami mencadangkan Ibrahim Ali bangkit berlawan dengan Tok Guru Nik Aziz kerana dialah yang menyamakan konsep Najib dengan Konsep DAP tersebut. Adakah Ibrahim berani berbuat demikian?

Keduanya, Ibrahim Ali sering membuat kenyataan mewakili Melayu dan menggempak masyarakat bukan Melayu bahawa dia akan menggerakkan puluhan ribu orang Melayu menentang pengkhianat negara dan bangsa. Mulanya dahulu Ibrahim menganjurkan satu perhimpunan bumiputera Malaysia yang dihadiri veteran-veteran UMNO termasuk Tun Ghafar Baba bagi menyatakan penentangan terhadap corak pemerintahan Mahathir. Dipasang sepanduk seluruh Kuala Lumpur dengan lambang keris berdarah sebagai simbolik amaran kepada pihak yang berlawan dengannya. Dalam perhimpunan itu Ibrahim dan puak-puaknya berceramah memberi amaran itu dan ini jika tuntutan mereka tidak ditunaikan. Namun selepas himpunan tidak ada sebarang tindakan dibuat dan mereka dilupakan.

Kemudian Ibrahim menubuhkan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan MTRK juga dengan gemparnya mengistiharkan penentangan terhadap pihak yang cuba mengganggu kedaulatan raja-raja Melayu dan keistimewaan orang Melayu. Setiap program beliau akan memberi amaran akan menggerakkan puluhan ribu orang Melayu dan sanggup bermandi darah mempertahankan bangsa. namun di setiap himpunan yang beliau buat, tidak lebih dari seribu orang yang hadir. Terbaru dia menubuhkan Perkasa. beberapa minggu yang lalu dia mengadakan himpunan di PWTC dan menjemput Tun Mahathir berucap. Tujuannya adalah untuk memperjuangkan Melayu. Sekali lagi Ibrahim Ali menggerparkan Malaysia bahawa dia akan himpunkan puluhan ribu orang Melayu. Namun pemerhati yang turut serta menyatakan tidak lebih daripada 500 orang sahaja yang hadir.

Bila tiba isu 'one Malaysia' Ibrahim menggempar sekali lagi. Berapa ramai lagi akan percayakan Ibrahim. Atau pun Ibrahim Ali syok sendiri. Keduanya beranikah Ibrahim menentang Tok Guru Nik Aziz? Khuatir jika beliau tentang ia akan membunuh diri sahaja kerana kehadiran sudah tentu tidak sampai dua raus orang. Maka teruslah Ibrahim Ali menjadi penggempar Malaysia.

Sedikit tambahan. Ketika Mahathir meminda perlembagaan dengan menghadkan kuasa raja-raja Melayu, ketika itu Ibrahim Ali berada bersama Umno. Kenapa ketika itu dia tidak menentang? Ibrahim tidak perlu jawab. Sebab sudah diketahui dia kaki gempak. Mungkin juga dia sifu kepada Ezam Mohd Nor yang juga kaki gempak!

Ibrahim Ali Sesuai Dengan Umno

3 comments

Ketua penerangan Pas Pusat menyatakan Ibrahim Ali tidak dihalang jika berhasrat menyertai Umno. Ini berkait kenyataan Ibrahim yang menyatakan menanti pinangan Umno. Dasar lelaki apa ini menanti pinangan orang.

Ibrahim sebelum ini merupakan ahli umno, kemudian menyertai Parti Melayu Semangat 46 pimpinan KuLi. Kemudian keluar menyertai Umno, kemudian dipecat dari Umno menjadi bebas dan kini menanti pinangan Umno sekali lagi.

Pantai News juga mengucapkan selamat jalan kepada Ibrahim kerana pulang ke lubuk asal yang serasi dengan jiwanya. semua tentu ingat di awal zaman reformasi, Ibrahim berceramah ke hulu ke hilir menjadi hulubalang Umno membelasah pembangkan. Di Padang kampung Pasir Baru Bangsar dan di Gombak, Ibrahim diboo dan dijerit ong, ong, ong oleh anak-anak muda. Namun tanpa malu Ibrahi mengatakan, peduli apa dengan katak, yang penting lagi kuat mengampu cepat naik jadi menteri. Buktinya selepas itu Mahathir melantik beliau menjadi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ketika itu juga sasterawan Negara yang bertanding atas tiket Pas Shahnon Ahmad menulis dua novel bertajuk 'Shit' dan 'Anjing'. Ia merupakan novel satira yang mengkritik politik Malaysia. Ibrahim membalas balik dengan menulis cerpen pendek bertajuk 'Babi'.

Dalam kandungannya dia menulis dalam sebuah parti tu, ada babi memakai serban, badan kurus jadi menteri besar. Ini ditujukan kepada Tok Guru Nik Aziz. Ada babi MP Pas rambut bgelah tengah. Ini ditujukan kepada Dr Hasan Ali. dan bermacam babi lagi yang digambarkan Ibrahim terhadap pemimpin Pas. Inilah sikat Ibrahim.

Seterusnya pada masa yang sama, beliau berucap di sekolah Teknik Pasir Mas menyatakan yang dikatakian panas-panas api neraka ini macam panas minyak goreng keropok saja. Selepas ucapannya umum mengetahui datang angin yang kuat dan menerbangkan seluruh bumbung bangunan sekolah tersebut.

Inilah sikap Ibrahim Ali. Jadi memang layak dia kembali ke pangkuan Umno. Jika lihat sewaktu bersama pimpinan Pas pun, dalam ucapannya tidak lekang menyebut 'babi' kepada lawan politiknya. Begitu juga dalam parlimen. Namunmketika dia berbaik dengan Pas, kita melupakan perkara ini. Tetapi hari ini tidak salah kita mengingati balik sejarah ini sebagai satu maklumat untuki generasi baru. Sejarah tetap sejarah.