ad

Sunday, March 29, 2009


BUKIT GANTANG: ANTARA HJ HADI, NIK AZIZ DAN DR HARUN DIN semua tak boleh pakai?

0 comments
Umno bela Islam dan orang Melayu. Pas barua Dap, anti Islam, khianat Melayu, lawan raja, Pro-Cina dan India. Inilah mesej yang Umno Bn ulang-ulangkan dan dijadikan modal kempen pilihanraya Bukit Gantang. Para ahli gerak saraf Umno seperti terlupa pengundi di Bukit Gantang hampir 20 ribu adalah Cina dan India. Cara kempen ini seolah-olah BN tidak perlukan undi masyarakat Cina dan India dan BN menyangka mereka akan dapat 80 peratus undi orang Melayu.

Dulu Umno BN kata Tg Nik Aziz tidak boleh pakai, ulama politik, ulama Pas, ulama berkepentingan. Dulu Umno BN kata Tg Hadi ulama keras dan sering kafirkan Umno. Jadi kita tolak Haji Hadi sebagai ulama Islam di Malaysia. Penolakan ini bermula sejak ternamanya Haji hadi dan terkenalnya Nik Aziz dalam dunia politik dan kemasyarakatan.Maka ahli-ahli Umno pun mengangguk, “Ya dua orang ini tak boleh pakai. Ada kepentingan politik. Jadi nasihat mereka, teguran mereka, ajakan mereka harus kita tolak.”

Dahulu Dr Harun Din diangkat masuk televisyen hampir setiap minggu. Ustaz Taib Azamudin Imam Besar Masjid Negara juga diangkat kerajaan. Malah ramai kalangan menteri-menteri dan pemimpin Umno sering mengadu masalah kepada ustaz Taib dan merujuk bermacam hal kepada Pak Imam Besar ini. Maka tercongoklah jutaan rakyat Malaysia Pas dan Umno depan Televisyen mendengar ceramah atau forum ulama-ulama ini. begitu juga Ustaz Ahmad Awang. Diangkat kerajaan BN ketika itu menjadi Pengarah Pusat Islam Malaysia atau JAKIM kini. Dirujuk bermacam hal kepada ulama ini.

Tetapi sekarang Dr Harun Din pemimpin Pas. Ustaz Taib Azamudin pemimpin Pas. Begitu juga Ustaz Ahmad Awang dan ramai lagi. Dalam penamaan calok kelmarin mereka mengiringi calon Pas Haji Nizar. Kalaulah benar Pas anti Islam dan Umno bela Islam, maka takkanlah ulama ini mudah sangat untuk menyokong Pas. Sepatutnya semalam Dr Harun Din memimpin perarakan calon BN. Sepatutnya Ustaz Taib Azamudin memimpin perarakan BN di Bukit Selambau.

Maka pemimpin umno pun berceramah kepada pengikutnya. Ustaz-ustaz ini terpengaruh dan ditipu oleh Pas. Mereka terpedaya dengan slogan Pas yang dikatakan ingin bawa Islam. Maka terangguk-angguklah ahli-ahli Umno di Changkat Iboi, Kuala Terong dan Sungai Petai. “Ha ah. Ye juga yeop. Ustaz-ustaz ni terpedaya dengan Pas.”

Yang berceramah dan yang mengangguk itu sebahagian besarnya mengaji Al quran pun tak berapa lancar. Kalau lancar sekalipun, jauh tarafnya daripada segi ilmu dan amalan agama dengan ulama-ulama ini. Jadi siapa terpedaya dan siapa memperdaya?

Kemudian Umno kata mereka bela Melayu. Pas khianat orang Melayu. Saya pun terfikir, sudah tentu di Bukit gantang ini pejuang-pejuang Melayu seperti A Samad Said, Prof Emeritus Dr Bakar Hamid, Shahnon Ahmad akan mengetuai perarakan calon Umno. Tetapi ia tidak berlaku. Yang pasti terjadi A Samad Said yang tidak berparti itu sudah dua minggu berkampung di Bukit Gantang mengajak pengundi menolak umno BN.

Maka datang penceramah umno berceramah di Bukit Berapik. “Sasterawan negara A Samad Said terpedaya dan diperalatkan oleh Pas. Mereka bagus sebenarnya, tetapi mereka diperdaya oleh pemimpin Pas.” Maka terangguk-angguk lah pendengar ceramah itu. “Ye tak ye juga kan. Mereka diperdaya Pas.

Inilah dia mentaliti pengundi. Mereka yang rendah pendidikan berbanding A Samad Said, mereka yang rendah ilmu agama dan amalan agama berbanding Dr Harun Din boleh mengatakan mereka ini terpedaya dan diperalat.

Maka selepas ini, siapa sahaja orang cerdik pandai baik sasterawan, baik ulama, baik bekas pemimpin besar umno sendiri yang semuanya disanjung suatu ketika dahulu menyertai Pas, maka mereka ini akan dikatakan tidak boleh pakai.

Kalau terima sedekah (rasuah) seks, disabitkan kesalahan rasuah, menentang syariat masuk umno, maka semuanya boleh pakai.

Wednesday, March 25, 2009


EZAM MELOPONG DI DEPAN LOKMAN NOR ADAM

0 comments
Orang lain terkejut dengan kemenangan Khairi, tetapi saya tidak. Saya melihat wajah-wajah calon exco pemuda yang menang. Semua exco ada 20 orang. Exco ke 15 dimenangi oleh Lokman Nor Adam. Terkejut juga. Tiba-tiba menjelma mamat ni.

Siapa Lokman? Jenerasi baru ramai belum kenal. Lokman adalah bekas setiausaha pemuda keadilan sewaktu Ezam memegang ketua pemuda. Lokman bekerja sepenuh masa sebagai setiausaha kerja parti. Dia kerap ditangkap ketika reformasi dan selepasnya. Kemuncaknya dia ditahan ISA selepas himpunan 100 ribu di jalan Kebun. Turut bersama ditahan ialah Saari Sungip, Hishamudin Rais, Tian Chua, Dr Badrul Amin dan Ezam sendiri.

Hebatnya Lokman ini jika diingat peristiwa Kubang Pasu. Ketika itu Lokman menjadi pengerusi ceramah Ezam dan Mat Sabu. Polis datang hendak menggempur ceramah tersebut. Ketua polis naik pentas dan bagi surat arahan polis supaya ceramah dihentikan. Lokman mengambil surat itu dan mengoyakkannya di depan ketua polis dan ribuan pendengar. Hebat dan berani sungguh Lokman Nor Adam ini.

Namun selepas keluar ISA, dia berkrisis dengan Ezam. Khabarnya masalah duit. Lokman tidak puas hati cara Ezam kendalikan pemuda dan duit pemuda. Didedahkan segala keburukan Ezam dan penyelewengan yang dikatakan Ezam lakukan. Ezam panas punggung dan khabarnya mendesak Presiden memecat Lokman. Jika tidak pecat, katanya Ezam mengugut untuk keluar parti. Oleh kerana Ezam lebih berpengaruh ketika itu, maka Lokman dipecat daripada KeAdilan.

Maka Lokman pun bersendirian dan mendedahkan lagi keburukan Ezam. Untuk jangka masa yang lama Lokman kembali kepada Umno dan membina dirinya sehinggalah beberapa tahun. Akhirnya dia memenangi jawatan exco pemuda Umno. Kembalilah Lokman ke medan politiknya.

Namun beberapa tahun selepas itu, Ezam juga keluar PKR dan menyertai Umno. Kedua musuh ini berada dalam satu parti. Namun malang, Ezam tidak dibenarkan bertanding sebarang jawatan. Maka Lokman lebih besar darjatnya sekarang dalam Umno. Makanya juga, terloponglah Ezam di depan Lokman. Tahniah Lokman.

BENDAHARA SAMSENG DI BUKIT JUDI TERTEWAS

0 comments
Al Kisah kerajaan di Bukit Judi. Bukit ini terletak di sempadan lima buah negeri iaitu negeri Pasir berdengung, negeri Pahlawan Tempe, negeri Cik Siti Wan Kembang dan negeri adat Perpatih.

Pusat pemerintahannya terletak di tepi sebuah laut yang di sebut Laut Teluk Chempedak. Bermula lah satu kisah Si Bendahara murka yang berasal dari daerah Bentung. Dahulu nya bendahari ini memegang jawatan menteri agama negeri Bukit Judi.

Oleh kerana tuahnya yang baik, maka Si Bendahara berasal daerah Bentung ini pun diangkat menjadi Bendahara Paduka Raja. Bermula Bendahara mentadbir negeri berbukit bukau ini dengan begitu baik. Hubungannya dengan pihak istana tuanku juga baik. Namun menjadi buah mulut rakyat negeri Bukit Judi ini kerana Bendahara yang tidak pernah senyum.

Belum habis isu itu, keluar pula isu bendahara yang tunjukkan punggung dan isyarat lucah kepada seorang alim ulama berasal dari negeri padi utara. Kejadian itu katanya berlaku di daerah ikan patin. Maka kecoh lah satu negeri kelakuan bendahara yang tidak seberapa itu.

Belum habis isu itu, riuh lagi negeri Bukit Judi dengan kelakuan bendahara nya yang dikatakan seorang samseng, suka bergaduh, tengking-tengking. Maka riuh lagi negeri ini. Takut lah seluruh rakyat negeri ini bila berhadapan dengan Bendahara. Jika bendahara turun ke daerah, maka tertunduk lah seluruh rakyat jelata bimbang dijerkah bendahara paduka.

Gelaran samseng itu lama dipegangnya. Sampailah beberapa ketika datanglah seorang gabenor Wilayahnya yang menuduh bendahara melakukan kerja kotor di kawasannya. Ini semua katanya berkaitan kerja jatuh menjatuh orang-orang siasah negeri tersebut. Maka bendahara berang dan dicabarnya gabenor daerah bermubahalah bersumbah di mana-mana bagi membuktikan kata-katanya.

Gabenor yang kepanasan ini menetapkan dia sanggup bermubahalah di masjid negara dan dicabarnya bendahara tampil menyaksikannya. Namun apabila tiba masanya, mamak bendahara kurang senyumannya gagal menghadirkan diri. Maka berakhirlah gelaran samseng yang tertera pada nama bendahara kerana terbukti dia pengecut dengan gabenornya yang berpusat di Paya Besar.

MISKIN SAMPAI MAKAN SIPUT BABI VS MISKIN SAMPAI HENDAK MURTAD

0 comments
Kedua-duanya miskin. Miskin macam mana tak tahu. Mungkin sampai nak makan pun tidak mampu. Cuma miskin yang pertama itu didedahkan sededah-dedahnya kerana ia berlaku di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Maka diberi gambaran betapa teruknya kerajaan negeri tersebut sehinggakan tidak menjaga kebajikan rakyat sampai terpaksa makan siput babi.

Miskin kedua ini pula berlaku di negeri yang jarang-jarang orang Malaysia sebut iaitu negeri Pahang. Kenapa ya? Tidak panas langsung negeri ini. Umno menang besar di sini berbanding negeri lain setanding dengan Umno Melaka. Negerinya muflis sampai kerajaan negeri terpaksa pinjam duit untuk bayar gaji kakitangan kerajaan. Menteri Besarnya juga tidak terkenal.

Maka akhbar melaporkan ada rakyat negeri dua bukit judi ini yang hendak murtad kerana kemiskinan. Masya Allah. Sampai begitu sekali. Mungkin miskinnya negeri Pahang ini sehinggakan siput babi pun dah tak ada atau pun sibut babi pun sudah berpindah kerana malu dengan bakal Perdana Menteri yang berasal dari negeri ini.

Siput-siput Mongolia menghubungi siput Pahang menyatakan dukacita atas kematian Altantuya. Maka kehabisan siput Pahang lari ke Mongolia, sehinggakan gereja lah tempat mencari makanan bagi orang miskin di negeri bakal PM ini. Untung negeri Kedah yang banyak siput babi.

SIAPA DIA DUA MAMAT NI?

0 comments
SIAPA MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ DAN SOBRI AHMAD?

Siapakah Mamat dua orang ini yang membuat kenyataan tidak cerdik dalam Utusan Malaysia hari ini berkaitan penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan. Apa yang dikata?

Mohd Khiarul Azam Abdul Aziz, Pengerusi Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) berkata penggantungan permit dua akhbar ini mampu beri kesan mendalam setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Beliau juga mengatakan sepatutnya dibatalkan sahaja permit akhbar ini.

Mamat kedua ini berkata:

Sobri Ahmad Timbalan Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia MBM menyatakan bahawa, akhbar politik sewajarnya berperanan sebagai akhbar yang mampu memberikan pendidikan politik yang sihat dan bukannya merosakkan pembangunan bangsa dan negara dengan ideologi tertentu. Kita tidak mahu pembangunan dan kesejahteraan negara yang selama ini dijaga tergugat gara-gara ideologi songsang yang dibawa oleh pergerakan politik tertentu yang meracuni fikiran rakyat.

Mamat pertama itu menggunakan Ngo graduan Melayu seolah-olah hendak menampakkan dia daripada kelompok cerdik pandai lah. Tetapi kenyataannya menampakkan seperti orang tidak pandai. Kalau bahasa kasar orang katakan sebagai bengong. Tapi saya tidak kata begitu lah.

Cerdikkah membatalkan permit akhbar pembangkang, kemudian kamu serang pembangkang bertubi-tubi melalui puluhan media cetak dan elektronik yang kamu ada? Keduanya jenayah apa yang Harakah dan Suara Keadilan lakukan? Akhbar tidak boleh buat jenayah. Manusia yang lakukan jenayah. Yang pasti rata-rata manusia Malaysia, Mongolia, Perancis, Indonesia dan Australia perkatakan hari ini ialah seorang manusia yang bernama Najib dikaitkan dengan jenayah pembunuhan. Inilah yang didedahkan oleh dua akhbar ini. Rupanya dedahkan jenayah orang lain dikira jenayah.

Jadi, kamu mahu haramkan atau batalkan permit akhbar ini kerana lakukan jenayah atau untuk halang dedahkan jenayah?

Mamat kedua ni siapa ya? Akhbar arus perdana ini pun sudah tidak ada orang lain yang hendak diambil kenyataan. Mana ada dalam sejarah orang ambil kenyataan media daripada pengerusi tetap. Tapi tak apa lah, kerana cerdik pandai yang sebenar semuanya menentang penggantungan ini.

Lihat kenyataan orang cerdik yang sebenar:

Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said menyelar tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai mencacatkan demokrasi.
"Jika tiada dua akhbar ini suara demokrasi tidak lagi dapat didengari dan ianya merugikan rakyat.
"Bila Harakah dan Suara Keadilan disekat bermakna pertembungan itu umpama satu pihak guna senjata manakala satu pihak lagi tidak punya apa-apa senjata dan ini sungguh tidak adil," tegas beliau.
Inilah sikap sebenar rakyat Malaysia yang cerdik, bukan pendapat Mamat dua orang itu.

Tuesday, March 24, 2009


ORANG EZAM DIBELAKANG KUDETA

0 comments
EZAM Mohd Nor, budak baik yang gelojoh dan tersesat jalan dikatakan memainkan peranan besar dalam kudeta di Perak. Beberapa adun khususnya daripada Malim Nawar mengatakan dia dihubungi Ezam dan orang-orang Ezam untuk dipujuk keluar Pakatan dan menyertai BN. Malah ditawarkan kepada mereka jawatan pengerusi MIC negeri dan jawatan EXCO sekiranya melompat parti.

Jika ini benar, maka biul lah mana-mana pihak dalam Pakatan yang segelumitnya masih percayakan budak baik tersesat jalan ini. Budak ini dahulunya pengerusi PKR Selangor, kemudian jadi timbalan pengerusi. Jika dia bersabar, sudah tentu sekarang Ezam diterima menjadi MB Selangor ataupun Exco kanan kerajaan Selangor atau pun setidak-tidaknya ahli parlimen Shah Alam. Tetapi kerana gelojoh, nakal dan emosi, dia tersesat jalan. Dia fikirkan tindakannya keluar PKR akan melemahkan parti itu dan ramai akan mengikutnya.

Mungkin peringkat awal, ramai juga yang mengikutnya keluar PKR dan tubuhkan Gerak. Antaranya ketua pemuda PKR Pahang Zukri Aksah. Tetapi setelah dia kembali kepada Umno, maka kawan-kawannya tidak lagi menyertai Ezam. Zukri telah menyertai Pas. Che Gu Bard kekal memimpin PKR.

Tiba pilihanraya, telahan Ezam tidak betul. PKR memenangi banyak kerusi. Musuhnya Azmin memenangi dua kerusi sekaligus, dun dan parlimen. Inilah yang memanaskan punggung budak baik yang tersesat ini. Dia di dalam Umno tanpa jawatan, tanpa gelaran, tanpa jadi wakil rakyat, malah jadi perwakilan Umno pun tidak. Sedihnya anak muda ini. Jadi bagi menaruhkan balas dendamnya, maka dia sanggup jadi barua Najib dalam merunding adun-adun Pakatan untuk lompat.

Saya terbaca dalam satu tulisan, Zamri Kader telah melantik Hamdan Taha menjadi setiausaha politiknya sebagai MB. Jika tidak silap, Hamdan ini bekas pimpinan PKR geng Ezam yang lebih dahulu keluar PKR sebelum PRU 2004. Jika tidak silap juga, budak ini gempal-gempal dan dialah jika tidak silap saya membantu memberi borang dan mengisi borang Umno untuk Ezam di sebuah kedai makan di Sunway tempoh hari sewaktu Ezam membuat come back to Umno.

Ia semakin menjelaskan lagi peranan budak nakal ini dalam permainan di Perak. Maka terus meneruslah Ezam menjadi alat. Bila tidak boleh pakai, maka akan dibuangnya. Ada yang mengatakan suatu hari nanti Ezam akan masuk Pas. Kononnya sekarang Ezam hanya bermusuh dengan PKR. Bagi saya, tidak payah lah sertai Pas, kerana dia pengkhianat besar perjuangan Islam di Perak apabila membantu menjatuhkan kerajaan Perak yang mengembalikan wang bantuan kepada sekolah agama rakyat, yang mengembalikan majlis-majlis ilmu di surau dan masjid, yang meluluskan tanah untuk pondok-pondok agama di Perak, yang meluluskan tanah untuk orang Melayu di kampung tersusun di Perak. Jadi dia tidak layak sertai Pas buat masa ini.

Maka budak baik tersesat jalan ini bertukar menjadi budak bial menyesatkan diri.

SPR JAHAT DAN KEJUTAN DI BUKIT GANTANG

0 comments
29 Mac ini berlangsungnya penamaan calon Prk Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Maruah BN paling utamanya terletak di Bukit Gantang. Sebabnya apa? Pertamanya ia melambangkan situasi negeri Perak hari ini.

Keputusan pilihanraya ini (jika telus) akan memberi isyarat sama ada rakyat bersetuju atau marah kepada tindakan rampasan kuasa oleh BN di Perak. Keduanya kerana batang tubuh calon Pas sendiri, yang merupakan insan kontroversi yang dipalitkan Umno sebagai penderhaka sultan. Diburukkan Nizar Jamaludin seburuk-buruknya. Barua Cina dan Dap. Gadai tanah kepada Cina.

Jika Nizar menang dalam Prk ini, maka terluka besar maruah Umno yang telah menganjurkan puluhan demonstrasi dan himpunan menggunakan pelbagai ngo buatan yang dikatakan mewakili orang Melayu untuk mengutuk tindakan Nizar menyembah derhaka titah baginda sultan. Ia memberi makna umno dan ngo buatan itu bukanlah pilihan rakyat khususnya orang Melayu Perak. Mereka wakili bayang-bayang.

Ketiganya ia adalah maruah Najib Razak yang ketika itu sudah menjadi Presiden baru Umno dan yang menjadi hero utama kudeta di Perak. Maka jika BN kalah, memberi isyarat Najib ditolak rakyat Perak. Justeru, 3 faktor ini menjadikan Bukit Gantang penting dimenangi Umno. Maka pelbagai tektik 'gila-gila' mesti dilakukan Umno bagi memenangi pilihanraya ini.

1. Majlis ceramah, kempen rumah ke rumah, sebaran risalah mesti disekat dengan menghantar gengster-gengster yang mengaku mewakili mana-mana kumpulan Melayu. Maka akan berlakulah pertembungan, pergaduhan, kekasaran.

2. BN mesti lepaskan bom jangka yang akan mengalih perhatian pengundi daripada isu kudeta Perak, Isu rasuah Umno dan populariti calon Pas. Maka akan keluarlah sebagai contoh akuan bersumbah. Seorang budak bekas pekerja pejabat Nizar membuat akuan bersumpah kononnya dia diliwat, dicium dan macam-macam fitnah lagi. walaupun ia tidak betul, tetapi ia akan berjaya mengalih perhatian rakyat dan jentera Pakatan akan hilang fokus dan terpaksa menjawab isu ini. Ia mungkin boleh dilakukan 3 hari sebelum mengundi atau pun dua hari sebelum mengundi. Yang penting Nizar dikalahkan.

3. SPR senjata terakhir yang mesti digunakan. Jika dahulu undi pos, undi hantu. Sekarang, boleh sahaja umumkan secara terbalik seperti yang berlaku di Perlis tempoh hari. SPR buat-buat salah umum calon BN yang menang. Untuk bantah kita kena bawa ke mahkamah. Kes mahkamah lagi. Maka ia memakan masa berbulan-bulan dan mungkin bertahun. Maka walaupun akan datang, mahkamah umumkan keputusan itu tidak sah, tetapi untuk jangka masa setahun pertama, BN akan mendapat suntikan dan keuntungan baru untuk kepentingan politik mereka. Mungkin kita fikir, takkan lah Umno sanggup melakukan kerja tidak bermaruah secara terang-terangan? Jawapannya, Umnoi peduli apa dengan maruah sebab tindakan kudeta di Perak pun terbukti di luar maruah manusia.

Jadi pesanan terakhir kepada jentera Pakatan, berhati-hati lah dan jangan lah berprasangka baik berlebih sangat dalam pilihanraya ini. Semua kemungkinan yang jahat-jahat boleh berlaku dan dilakukan oleh orang-orang yang jahat.

Monday, March 23, 2009


NAJIB MENGGELUPUR KELEMASAN

0 comments
Permit harakah dan suara Keadilan digantung 3 bulan. Permulaan keganasan rejim Najib. Beliau yang kelemasan berhadapan dengan pilihanraya Bukit Gantang dan Bukit selambau ini mula melakukan tindakan keras dan hilang kewarasan bagi menghalang kemenangan Pas dan PKR.

Jika kalah di Bukit Gantang, petanda rakyat Perak menolak tindakan jahat rejim Najib menumbangkan secara paksa kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan MB Nizar. Jika kalah di Bukit selambau juga akan memberi simbolik tamparan kepada Rejim Najib yang bakal atau telah memimpin negara.

Jadi Najib sangat terdesak untuk memenangi kedua-dua kerusi. Dia ibarat kelemasan di dalam sungai yang dalam. Maka Najib menggelupur dan mencapai apa sahaja yang boleh dicapai bagi menyelamatkan nyawanya. Jadi permulaannya adalah penggantungan permit harakah dan Suara Keadilan supaya Pakatan tidak ada media rasmi untuk pilihanraya ini. Tetapi oleh kerana tuan badan sudah kelemasan, tenaganya sudah berkurangan, bau busuk tubuhnya dek mayat Altantuya, maka dia tetap akan mati kelemasan.

Bersabarlah sebentar pejuang-pejuang untuk menghadapi Najib yang sedang menggelupur.

SAMY VELLU KALAHKAN SOHARTO?

1 comments
Akhbar hari ini menyiarkan Samy Vellu mengekalkan jawatannya sebagai Presiden MIC untuk penggal yang ke 11. Ini bermakna beliau yang sudah menjadi Presiden MIC selama 30 tahun itu bermula 1979 dan akan terus menerajui MIC sehingga tahun 2012. Cukup tahun 2012, Samy akan genap 33 tahun menjadi Presiden MIC.

Umur Samy Vellu sekarang 73 tahun. Akan datang tahun 2012 umurnya akan menjadi 76 tahun. Tidak diketahui selepas itu dia masih bertanding ataupun tidak. Pertamanya beliau telah menewaskan Tun Dr Mahathir. Tun M menjadi Presiden Umno bermula tahun 1981 hingga 2003. Bermakna Tun M memegang jawatan PM dan Presiden Umno selama 22 tahun sahaja. Tetapi samy 33 tahun. (1 – 0)

Keduanya Tun M menjadi Presiden Umno bermula usia 56 tahun sehingga usia 78 tahun. Samy Vellu menjadi Presiden bermula umur 43 tahun sehingga 76 tahun. Lebih muda lagi Samy Vellu. (2 -0)

Jadi diperingkat kebangsaan, Samy Vellu orang paling lama memegang jawatan Presiden parti politik di Malaysia meliputi zaman PM Husein Onn, PM Mahathir, PM Abdullah dan mungkin PM Najib dan entah PM mana pula selepas ini.

Kita pergi ke Asia Tenggara. Soeharto terkenal dengan diktator yang paling lama memerintah Indonesia iaitu selama 32 tahun dia menjadi Presiden. Beliau menjadi Presiden bermula usia 45 tahun (1966) sehinggalah usia 77 tahun (1998). Soeharto telah meninggal dunia ketika pada tahun lepas ketika berusia 87 tahun.

Di sini Samy Vellu ‘champion’ apabila berjaya mengalahkan Soeharto. Jika dia berjaya mempertahankan jawatannya sehingga 2012 bermakna dia jadi Presiden selama 33 tahun dan meninggalkan soeharto selama setahun kerana Soeharto hanya 32 tahun. Keduanya Samy menjadi Presiden ketika berusia 43 tahun. Bermakna lebih muda 2 tahun berbanding Soeharto menjadi Presiden. (2- 0). Jadi sekali lagi Samy akan dinobatkan sebagai manusia paling lama memegang jawatan Presiden di Asia Tenggara.

Namun harus diingat, Soeharto memegang Presiden selama 32 tahun dijatuhkan dengan demonstrasi besar-besaran rakyat Indonesia sehingga memporak perandakan negara itu untuk jangka masa yang lama. Jadi orang yang memegang jawatan selama 33 tahun ini pula bagaimanakah cara kejatuhannya?

POLITIK BERUK VS POLITIK PENYAPU

0 comments
Soalnya siapa cerdik. Bukan main jahat atau tidak.

“Inilah beruk-beruk di jalan raya”
“Jika mereka berhimpun, pemuda Umno akan turun berhadapan dengan mereka”
“18 tahun: Pade Doh!” (Kerajaan Pas Kelantan)
“Kita pasti akan tawan Kelantan”
“PKR: Projek Khinzir Raksasa”

Kesian melihat menantu Ayah Lah membuat laporan polis terhadap penulis kerdil Yahaya Ismail. Isunya buku yang ditulis untuk jahanamkan beliau. Marahlah si menantu Ayah Lah ini dengan katanya Yahaya ini mengugutnya ketika datang ke pejabat menantu 17 mac yang lalu.

Kata Pak Ya penulis tua itu, dia dibawa oleh orang-orang menantu ke pejabat menantu dan membincangkan pasal buku yang ditulisnya. Pak Ya pergi seorang diri. sampai di pejabat menantu Pak Ya kata mereka runding pasal menuskrip yang belum dicetak itu. Lantaklah apa yang dibincang pun, aku malas ambik port.

Cuma menantu kata Pak Ya mengugut menantu ketika itu. Hebatnya Pak Ya yang tua itu boleh ugut menantu dalam pejabat menantu yang dihadiri kawan-kawan menantu. Pak Ya seorang, menantu dengan kuncu-kuncu. Ilmu apa yang Pak Ya guna sehingga menantu begitu takut dengannya walaupun dalam pejabat sendiri.

Kata menantu lagi, "Tujuan utama saya buat report (polis) ini adalah disebabkan kandungan buku ... yang ternyata memfitnah saya. Buku ini adalah sebenarnya satu usaha secara sengaja menjatuhkan imej dan karier politik saya,"

Alaooh sedihnya dengan menantu ni. Takkan Pak ya nak jatuhkan karier politik menantu, Pak Ya mana boleh bertanding ketua pemuda UMNO. Lagi pula nak jatuhkan imej, Pak Ya dengan menantu jauh handsome menantu lagi. Tapi siapa sebenarnya yang nak jatuhkan menantu ini ye?

Semestinya lawan menantu yang nak bertanding ketua pemuda. Kata Pak Ya secara peribadi dia sokong ‘Tukang beri penyapu’ tu sebagai ketua pemuda. Ia semakin mengesahkan maksud menantu tadi siapa yang hendak menjatuhkannya.

Ish,ish jahat sungguh orang itu. Dah lah bagi penyapu, pelahap tempe sampai merah-merah muka. Nak jatuhkan menantu pula. Dasar tak sedar diri betullah budak Jawa ni.

Tapi nak katakan jahat tak kena juga. Sebab ‘politik beruk’ dan ‘politik penyapu’ sememangnya jahat. Dulu semasa menantu naik jadi naib ketua pemuda dulu pun main jahat juga. Nak menang memang kena main jahat. Duit sapa banyak dia menang. Taktik sapa hebat dia menang. Nama sapa buruk dia kalah.

Soalnya siapa yang paling cerdik kalangan politik jahat ini? Kenapa lah menantu tidak upah mana-mana penulis politik untuk kutuk keburukan makan tempe lebih, keburukan bagi penyapu dan lain-lain yang buruk. Kalau pun taktik itu sama, maka markahnya sama. 50:50. berbanding main jahat sikit-sikit, maka markahnya sikit. Politik beruk: 30. Politik penyapu 70.

Katanya menantu graduan Harvard University. Aik, takkan tak mampu fikir taktik jahat terbaru. Ini mungkin kerana terkena sial beruk-beruk di jalan raya. Buat masa ini kemenangan berpihak kepada politik penyapu.

*Pesanan: Menantu kena makan pisang nangka banyak-banyak macam beruk tu, untuk tenangkan fikiran.

Friday, March 20, 2009


KERAJAAN PERPADUAN BUKAN UNTUK KEKAL SELAMANYA

0 comments
IDEA penubuhan kerajaan Perpaduan yang disuarakan beberapa orang termasuk Tok Guru Haji Hadi dan Tengku Razaligh telah mendatangkan respon berbeza. Kata Tok Guru kerajaan perpaduan ini bagi menangani kemelut ekonomi dan politik yang sangat teruk sekarang ini.

Contoh model kerajaan perpaduan yang disebut ialah kerajaan pimpinan BJ Habibie selepas kejatuhan rejim Suharto. Penulis tidak bermaksud menyatakan persetujuan atau menentang idea ini.

Cuma sekadar hendak mengajak pembaca menganalisis maklumat dan pandangan penulis ini. Pertama sekali kita lihat kerajaan BJ Habibie itu bermula selepas kejatuhan Rejim Suharto. Ketika itu BJ Habibie merupakan timbalan Presiden. Apabila Suharto dijatuhkan, beliau mengambil alih kerajaan dan menggabungkan semua parti dalam kerajaan pimpinannya.

Sepanjang memerintah bersama ini, perkara utama yang kerajaan ini lakukan ialah meroboh sistem lama yang zalim. Contohnya ISA, OSA, AUKU, Akta Mesin Cetak, dan SPR di sana dirombak dan dihapuskan. Media dibebaskan dan tidak tertumpu hanya kepada pemerintah. Setiap Parti dibenarkan menggunakan media secara bebas. Perhimpunan di tempat awam dibenarkan, ceramah, demonstrasi dan lain-lain upacara dibenarkan.

Apabila semua sistem ini diubah maka parti-parti politik baru bercambah berpuluh-puluh. Parti Islam menjelaskan atau menjelmakan kehadiran mereka. Selepas itu kerajaan ini pun dibubarkan dan satu pilihanraya baru diadakan. Apabila berlaku pilihanraya, maka terhentilah kerajaan perpaduan tersebut, maka masing-masing dapat bertanding dengan bebas, berkempen dengan bebas dan adil, SPR yang tidak berat sebelah, perhimpunan rapat umum merata-rata tanpa halangan, tempoh kempen yang lama, pelajar-pelajar universiti turun ke medan tanpa sekatan. Maka berlakulah satu perubahan dalam negara.

Jadi kesimpulannya kerajaan perpaduan itu hanya sementara sahaja sebagai usaha mewujudkan keharmonian dalam politik dan ekonomi negara. Apabila semua stabil maka berpecahlah kembali mengikut perjuangan masing-masing. Bukan bermakna penggabungan tadi menyebabkan semua parti akan berpegang kepada hanya satu ideologi dan selebihnya meninggalkan perjuangan asal masing-masing. Bergabung sekadar untuk menstabilkan negara.

Dalam konteks Malaysia. Kerajaan perpaduan boleh dibina bukan dengan berperdana Menterikan Najib. Boleh sahaja siapa-siapa daripada UMNO atau Pakatan Rakyat dipilih menjadi Perdana Menteri. Ataupun Anwar sendiri jadi Perdana Menteri atau Tengku Razaliegh atau Presiden Pas. Namun yang paling utama siapa tokoh yang mewakili umno itu mampu untuk mendapatkan sokongan 30 ahli parlimen Barisan Nasional dan bergabung dengan 82 ahli parlimen Pakatan Rakyat mengundi salah seorang sebagai Perdana Menteri.

Automatik Najib akan gagal membentuk kerajaan. Sememangnya pun Najib tidak akan bersetuju dengan idea ini kerana kerajaan yang dia bentuk tergugat.

Apabila kerajaan ini dibentuk, langkah pertama ialah merobohkan sistem lama yang zalim. Hapuskan ISA, OSA, AUKU dan lain-lain. Rombak SPRM, SPR supaya benar-benar bebas. Rombak Akta Polis. Berikan kebebasan kepada media. Setiap parti dibenarkan menebitkan akhbar, majalah hariannya. Diberikan permit telivisyen dan radio. Perhimpunan dan rapat umum dibenarkan. Bersihkan pentadbiran kerajaan, polis daripada rasuah. Bersihkan isntitusi polis.

Yang keduanya, pulihkan ekonomi secara bersama. Anwar dengan pengalamannya sebagai menteri kewangan dan punya hubungan antarabangsa. TG Haji Hadi dengan pengetahuannya yang mendalam dalam soal ekonomi Islam yang dibuktikan paling stabil dalam kejatuhan ekonomi hari ini. Tengku Razaliegh dengan pengalamannya seperti Anwar juga sebagai menteri kewangan dan ramai lagi tokoh-tokoh.

Ketiganya lakukan rombakan terhadap SPR. Lantik ahli SPR daripada semua golongan. Letakkan SPR di bawah parlimen bukan Perdana Menteri. Mengundi menggunakan cap jari, pendaftaran pemilih automatik setelah capai usia 21 tahun. Pembuangan nama pengundi mati automatik apabila sudah mati. Penghapusan undi pos yang meragukan dan bermacam lagi. termasuklah tempoh kempen dipanjangkan.

Apabila semua ini sudah berlaku, maka langkah seterusnya bubarkan parlimen dan adakan pilihanraya. Tidak ada lagi gabungan kerajaan perpaduan ini. Masing-masing parti dengan perjuangan masing-masing atau pakatan masing-masing. Bertandinglah secara bebas dan teruskan memperjuangkan ideologi atau dasar parti masing-masing. Maka ia akan menjadikan negara yang lebih aman, demokratik dan adil kepada rakyat.

ADAKAH ADA PARTI YANG DOMINAN?
Jawapannya tidak. Setiap ahli gabungan saling bergantung antara satu sama lain. UMNO 30, Pas 24, PKR 31, Dap 29. masing-masing memerlukan. Jadi tidak ada parti yang dominan. Jadi kesepakatan awal untuk mewujudkan satu sistem politik dan ekonomi yang stabil menjadi tujuan utama. Jadi tidak timbul Pas bergabung dengan UMNO atau PKR menerima dasar Umno atau UMno menerima dasar Pas. Tetapi ia hanya dibentuk oleh orang yang jujur dan ikhlas.

APAKAH BEZA DENGAN PROJEK 16 SEPTEMBER?
Ada yang mengatakan idea ini sama juga dengan projek 16 september yang Anwar ilhamkan. Ya, jawapannya sama, cuma ada sedikit perbezaan. Jika projek 16 september, kita mengharapkan akan ada 30 orang MP BN yang berhijrah ke Pakatan Rakyat dan membentuk satu kerajaan baru untuk merontohkan sistem lama yang zalim. Tetapi usahanya perlu keras dan luar biasa. Untuk bertukar parti dan keluar daripada parti yang memerintah kepada parti yang bakal memerintah (tetapi belum pasti memerintah) merupakan satu risiko. jadi ianya sedikit susah dan terbukti susah dan sedikit gagal. Tetapi bezanya dengan kerajaan perpaduan, tak perlu melompat, tetapi bergabung sementara.

Namun harus diingat, ini hanya pembacaan penulis semata-mata. Penulis tidak bermaksud ini idea yang dilontarkan TG Haji Hadi. Mungkin kerajaan perpaduan yang beliau maksudkan berbeza dengan apa yang penulis maksudkan dan mungkin juga sama. Mungkin juga kerajaan perpaduan yang beliau sebut itu sebenarnya tidak wujud, tetapi hanya satu strategi untuk apa-apa tujuan semata-mata. Apa maknanya jika hanya strategi? Nama pun strategi, tak kan hendak diberitahu orang apakah tujuannya.

Akhirnya penulis mengharapkan semua orang untuk muhasabah dalam bab ini. Hendak kritik boleh, setuju boleh, menentang boleh tetapi dengan adab-adab sebagai ahli jemaah Islam. Jangan sampai menghina dan merosakkan peribadi orang lain.

Tuesday, March 3, 2009


QIAMULLAIL DAN KULIAH HARAKI BULANAN DI SURAU AL FALAH

0 comments
Dewan Pemuda Pas kawasan Lembah Pantai akan mengadakan Qiamullail Perdana pada 8 Mac ini. Program ini akan berlangsung di Surau Al Falah bermula jam 4 pagi. Program yang akan diketuai oleh Ustaz Zainudin Mat Amin Ketua Urusan Ulama Pas Kawasan itu akan bermula dengan solat-solat sunat, majliz zikir, solat subuh berjemaah dan kuliah Haraki.

Kuliah Haraki akan disampaikan oleh ahli Majlis Syura Pas Ustaz Hasan Syukri. Semua ahli Pas sekitar dijemput menyertai program ini. Bagi yang mempunyai kesempatan, diminta untuk sama-sama tidur di tempat tersebut pada malam 7 Mac.

Monday, March 2, 2009


210 SERTAI FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA LEMBAH PANTAI

0 comments
Seramai 210 orang peserta telah menyertai Pertandingan Futsal Piala Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Lembah Pantai pagi ahad lalu. Kebanyakan peserta ini terdiri daripada remaja berusia 16 hingga 30 tahun dari sekitar Lembah Pantai dan Kuala Lumpur. Program yang berlangsung pada 1 Mac itu diadakan di Padang Futsal, DBKL Pantai Dalam.

Menurut pengarah Program, Kamaruzzaman @ Man John, program ini mendapat sambutan besar daripada peserta dan penaja. Pihak penganjur telah berjaya mendapat sumbangan daripada beberapa orang penyumbang termasuk berbangsa India dan juga seorang aktor terkenal.

Program ini telah berjaya merealisasikan hasrat memasyarakatkan Pas kepada golongan belia. Menurut pihak penganjur, pertandingan Futsal ini merupakan kali ketiga dianjurkan Pas Lembah Pantai setelah kali pertama dan kedua yang dianjurkan Unit Kerja Jemaah Dewan Pemuda Pas kawasan dan kali ketiga ini dianjurkan oleh Pas Cawangan C2.

Pertandingan ini dimenangi oleh Pasukan Cempaka dari Kampung Baru. Pemenang membawa pulang Piala Pusingan, Piala Iringan, Hamper dan lain-lain hadiah. Program yang bermula jam 8 pagi itu berakhir jam 5 petang. Pihak penganjur mengharapkan sumbangan daripada pelbagai pihak bagi menjayakan lebih banyak lagi program berfaedah untuk belia sekitar kawasan ini dimasa akan datang.

HARI KELUARGA PAS LEMBAH PANTAI MERIAH

0 comments
HARI keluarga Pas kawasan Lembah Pantai meriah dengan kehadiran 180 peserta yang terdiri daripada 130 peserta dewasa dan 50 peserta kanak-kanak. Program ini diadakan di Pulau Chekas Resort, Ulu Dong, Raub, Pahang pada 21 dan 22 Februari lalu.

Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam itu dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti pertandingan memancing, sukaneka, senamrobik, pertandingan mewarna dan menghafaz surah pendek untuk kanak-kanak, BBQ, mandi-manda dan menembak ikan.

Selain itu, peserta turut dihidangkan dengan santapan rohani seperti qiamullail dan kuliah haraki oleh YDP kawasan Dr Azhar Yakub. Program ini dianggap berjaya kerana penyertaan melebihi target minima 100 peserta. Menurut YDP, program ini akan dijadikan acara tahunan Pas kawasan. Ia berjaya mengukuhkan hubungan kekeluargaan ahli-ahli Pas Kawasan Lembah Pantai.