Umno bela Islam dan orang Melayu. Pas barua Dap, anti Islam, khianat Melayu, lawan raja, Pro-Cina dan India. Inilah mesej yang Umno Bn ulang-ulangkan dan dijadikan modal kempen pilihanraya Bukit Gantang. Para ahli gerak saraf Umno seperti terlupa pengundi di Bukit Gantang hampir 20 ribu adalah Cina dan India. Cara kempen ini seolah-olah BN tidak perlukan undi masyarakat Cina dan India dan BN menyangka mereka akan dapat 80 peratus undi orang Melayu.
Dulu Umno BN kata Tg Nik Aziz tidak boleh pakai, ulama politik, ulama Pas, ulama berkepentingan. Dulu Umno BN kata Tg Hadi ulama keras dan sering kafirkan Umno. Jadi kita tolak Haji Hadi sebagai ulama Islam di Malaysia. Penolakan ini bermula sejak ternamanya Haji hadi dan terkenalnya Nik Aziz dalam dunia politik dan kemasyarakatan.Maka ahli-ahli Umno pun mengangguk, “Ya dua orang ini tak boleh pakai. Ada kepentingan politik. Jadi nasihat mereka, teguran mereka, ajakan mereka harus kita tolak.”
Dahulu Dr Harun Din diangkat masuk televisyen hampir setiap minggu. Ustaz Taib Azamudin Imam Besar Masjid Negara juga diangkat kerajaan. Malah ramai kalangan menteri-menteri dan pemimpin Umno sering mengadu masalah kepada ustaz Taib dan merujuk bermacam hal kepada Pak Imam Besar ini. Maka tercongoklah jutaan rakyat Malaysia Pas dan Umno depan Televisyen mendengar ceramah atau forum ulama-ulama ini. begitu juga Ustaz Ahmad Awang. Diangkat kerajaan BN ketika itu menjadi Pengarah Pusat Islam Malaysia atau JAKIM kini. Dirujuk bermacam hal kepada ulama ini.
Tetapi sekarang Dr Harun Din pemimpin Pas. Ustaz Taib Azamudin pemimpin Pas. Begitu juga Ustaz Ahmad Awang dan ramai lagi. Dalam penamaan calok kelmarin mereka mengiringi calon Pas Haji Nizar. Kalaulah benar Pas anti Islam dan Umno bela Islam, maka takkanlah ulama ini mudah sangat untuk menyokong Pas. Sepatutnya semalam Dr Harun Din memimpin perarakan calon BN. Sepatutnya Ustaz Taib Azamudin memimpin perarakan BN di Bukit Selambau.
Maka pemimpin umno pun berceramah kepada pengikutnya. Ustaz-ustaz ini terpengaruh dan ditipu oleh Pas. Mereka terpedaya dengan slogan Pas yang dikatakan ingin bawa Islam. Maka terangguk-angguklah ahli-ahli Umno di Changkat Iboi, Kuala Terong dan Sungai Petai. “Ha ah. Ye juga yeop. Ustaz-ustaz ni terpedaya dengan Pas.”
Yang berceramah dan yang mengangguk itu sebahagian besarnya mengaji Al quran pun tak berapa lancar. Kalau lancar sekalipun, jauh tarafnya daripada segi ilmu dan amalan agama dengan ulama-ulama ini. Jadi siapa terpedaya dan siapa memperdaya?
Kemudian Umno kata mereka bela Melayu. Pas khianat orang Melayu. Saya pun terfikir, sudah tentu di Bukit gantang ini pejuang-pejuang Melayu seperti A Samad Said, Prof Emeritus Dr Bakar Hamid, Shahnon Ahmad akan mengetuai perarakan calon Umno. Tetapi ia tidak berlaku. Yang pasti terjadi A Samad Said yang tidak berparti itu sudah dua minggu berkampung di Bukit Gantang mengajak pengundi menolak umno BN.
Maka datang penceramah umno berceramah di Bukit Berapik. “Sasterawan negara A Samad Said terpedaya dan diperalatkan oleh Pas. Mereka bagus sebenarnya, tetapi mereka diperdaya oleh pemimpin Pas.” Maka terangguk-angguk lah pendengar ceramah itu. “Ye tak ye juga kan. Mereka diperdaya Pas.
Inilah dia mentaliti pengundi. Mereka yang rendah pendidikan berbanding A Samad Said, mereka yang rendah ilmu agama dan amalan agama berbanding Dr Harun Din boleh mengatakan mereka ini terpedaya dan diperalat.
Maka selepas ini, siapa sahaja orang cerdik pandai baik sasterawan, baik ulama, baik bekas pemimpin besar umno sendiri yang semuanya disanjung suatu ketika dahulu menyertai Pas, maka mereka ini akan dikatakan tidak boleh pakai.
Kalau terima sedekah (rasuah) seks, disabitkan kesalahan rasuah, menentang syariat masuk umno, maka semuanya boleh pakai.
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
-
Oleh *HARIS ZALKAPLI*
Persaingan merebut kuasa dan pengaruh dalam dunia Islam, terutama
melibatkan rantau Asia Barat antara Arab Saudi dan sekutu dengan ...
8 years ago
0 comments:
Post a Comment