SIAPA MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ DAN SOBRI AHMAD?
Siapakah Mamat dua orang ini yang membuat kenyataan tidak cerdik dalam Utusan Malaysia hari ini berkaitan penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan. Apa yang dikata?
Mohd Khiarul Azam Abdul Aziz, Pengerusi Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) berkata penggantungan permit dua akhbar ini mampu beri kesan mendalam setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Beliau juga mengatakan sepatutnya dibatalkan sahaja permit akhbar ini.
Mamat kedua ini berkata:
Sobri Ahmad Timbalan Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia MBM menyatakan bahawa, akhbar politik sewajarnya berperanan sebagai akhbar yang mampu memberikan pendidikan politik yang sihat dan bukannya merosakkan pembangunan bangsa dan negara dengan ideologi tertentu. Kita tidak mahu pembangunan dan kesejahteraan negara yang selama ini dijaga tergugat gara-gara ideologi songsang yang dibawa oleh pergerakan politik tertentu yang meracuni fikiran rakyat.
Mamat pertama itu menggunakan Ngo graduan Melayu seolah-olah hendak menampakkan dia daripada kelompok cerdik pandai lah. Tetapi kenyataannya menampakkan seperti orang tidak pandai. Kalau bahasa kasar orang katakan sebagai bengong. Tapi saya tidak kata begitu lah.
Cerdikkah membatalkan permit akhbar pembangkang, kemudian kamu serang pembangkang bertubi-tubi melalui puluhan media cetak dan elektronik yang kamu ada? Keduanya jenayah apa yang Harakah dan Suara Keadilan lakukan? Akhbar tidak boleh buat jenayah. Manusia yang lakukan jenayah. Yang pasti rata-rata manusia Malaysia, Mongolia, Perancis, Indonesia dan Australia perkatakan hari ini ialah seorang manusia yang bernama Najib dikaitkan dengan jenayah pembunuhan. Inilah yang didedahkan oleh dua akhbar ini. Rupanya dedahkan jenayah orang lain dikira jenayah.
Jadi, kamu mahu haramkan atau batalkan permit akhbar ini kerana lakukan jenayah atau untuk halang dedahkan jenayah?
Mamat kedua ni siapa ya? Akhbar arus perdana ini pun sudah tidak ada orang lain yang hendak diambil kenyataan. Mana ada dalam sejarah orang ambil kenyataan media daripada pengerusi tetap. Tapi tak apa lah, kerana cerdik pandai yang sebenar semuanya menentang penggantungan ini.
Lihat kenyataan orang cerdik yang sebenar:
Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said menyelar tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai mencacatkan demokrasi.
"Jika tiada dua akhbar ini suara demokrasi tidak lagi dapat didengari dan ianya merugikan rakyat.
"Bila Harakah dan Suara Keadilan disekat bermakna pertembungan itu umpama satu pihak guna senjata manakala satu pihak lagi tidak punya apa-apa senjata dan ini sungguh tidak adil," tegas beliau.
Inilah sikap sebenar rakyat Malaysia yang cerdik, bukan pendapat Mamat dua orang itu.
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
-
Oleh *HARIS ZALKAPLI*
Persaingan merebut kuasa dan pengaruh dalam dunia Islam, terutama
melibatkan rantau Asia Barat antara Arab Saudi dan sekutu dengan ...
8 years ago
0 comments:
Post a Comment