ad

Monday, March 23, 2009


SAMY VELLU KALAHKAN SOHARTO?

Akhbar hari ini menyiarkan Samy Vellu mengekalkan jawatannya sebagai Presiden MIC untuk penggal yang ke 11. Ini bermakna beliau yang sudah menjadi Presiden MIC selama 30 tahun itu bermula 1979 dan akan terus menerajui MIC sehingga tahun 2012. Cukup tahun 2012, Samy akan genap 33 tahun menjadi Presiden MIC.

Umur Samy Vellu sekarang 73 tahun. Akan datang tahun 2012 umurnya akan menjadi 76 tahun. Tidak diketahui selepas itu dia masih bertanding ataupun tidak. Pertamanya beliau telah menewaskan Tun Dr Mahathir. Tun M menjadi Presiden Umno bermula tahun 1981 hingga 2003. Bermakna Tun M memegang jawatan PM dan Presiden Umno selama 22 tahun sahaja. Tetapi samy 33 tahun. (1 – 0)

Keduanya Tun M menjadi Presiden Umno bermula usia 56 tahun sehingga usia 78 tahun. Samy Vellu menjadi Presiden bermula umur 43 tahun sehingga 76 tahun. Lebih muda lagi Samy Vellu. (2 -0)

Jadi diperingkat kebangsaan, Samy Vellu orang paling lama memegang jawatan Presiden parti politik di Malaysia meliputi zaman PM Husein Onn, PM Mahathir, PM Abdullah dan mungkin PM Najib dan entah PM mana pula selepas ini.

Kita pergi ke Asia Tenggara. Soeharto terkenal dengan diktator yang paling lama memerintah Indonesia iaitu selama 32 tahun dia menjadi Presiden. Beliau menjadi Presiden bermula usia 45 tahun (1966) sehinggalah usia 77 tahun (1998). Soeharto telah meninggal dunia ketika pada tahun lepas ketika berusia 87 tahun.

Di sini Samy Vellu ‘champion’ apabila berjaya mengalahkan Soeharto. Jika dia berjaya mempertahankan jawatannya sehingga 2012 bermakna dia jadi Presiden selama 33 tahun dan meninggalkan soeharto selama setahun kerana Soeharto hanya 32 tahun. Keduanya Samy menjadi Presiden ketika berusia 43 tahun. Bermakna lebih muda 2 tahun berbanding Soeharto menjadi Presiden. (2- 0). Jadi sekali lagi Samy akan dinobatkan sebagai manusia paling lama memegang jawatan Presiden di Asia Tenggara.

Namun harus diingat, Soeharto memegang Presiden selama 32 tahun dijatuhkan dengan demonstrasi besar-besaran rakyat Indonesia sehingga memporak perandakan negara itu untuk jangka masa yang lama. Jadi orang yang memegang jawatan selama 33 tahun ini pula bagaimanakah cara kejatuhannya?

1 comments:

Unknown on March 23, 2009 at 2:57 AM said...

Rambut pun dah naik kembang

Post a Comment