ad

Tuesday, March 24, 2009


ORANG EZAM DIBELAKANG KUDETA

EZAM Mohd Nor, budak baik yang gelojoh dan tersesat jalan dikatakan memainkan peranan besar dalam kudeta di Perak. Beberapa adun khususnya daripada Malim Nawar mengatakan dia dihubungi Ezam dan orang-orang Ezam untuk dipujuk keluar Pakatan dan menyertai BN. Malah ditawarkan kepada mereka jawatan pengerusi MIC negeri dan jawatan EXCO sekiranya melompat parti.

Jika ini benar, maka biul lah mana-mana pihak dalam Pakatan yang segelumitnya masih percayakan budak baik tersesat jalan ini. Budak ini dahulunya pengerusi PKR Selangor, kemudian jadi timbalan pengerusi. Jika dia bersabar, sudah tentu sekarang Ezam diterima menjadi MB Selangor ataupun Exco kanan kerajaan Selangor atau pun setidak-tidaknya ahli parlimen Shah Alam. Tetapi kerana gelojoh, nakal dan emosi, dia tersesat jalan. Dia fikirkan tindakannya keluar PKR akan melemahkan parti itu dan ramai akan mengikutnya.

Mungkin peringkat awal, ramai juga yang mengikutnya keluar PKR dan tubuhkan Gerak. Antaranya ketua pemuda PKR Pahang Zukri Aksah. Tetapi setelah dia kembali kepada Umno, maka kawan-kawannya tidak lagi menyertai Ezam. Zukri telah menyertai Pas. Che Gu Bard kekal memimpin PKR.

Tiba pilihanraya, telahan Ezam tidak betul. PKR memenangi banyak kerusi. Musuhnya Azmin memenangi dua kerusi sekaligus, dun dan parlimen. Inilah yang memanaskan punggung budak baik yang tersesat ini. Dia di dalam Umno tanpa jawatan, tanpa gelaran, tanpa jadi wakil rakyat, malah jadi perwakilan Umno pun tidak. Sedihnya anak muda ini. Jadi bagi menaruhkan balas dendamnya, maka dia sanggup jadi barua Najib dalam merunding adun-adun Pakatan untuk lompat.

Saya terbaca dalam satu tulisan, Zamri Kader telah melantik Hamdan Taha menjadi setiausaha politiknya sebagai MB. Jika tidak silap, Hamdan ini bekas pimpinan PKR geng Ezam yang lebih dahulu keluar PKR sebelum PRU 2004. Jika tidak silap juga, budak ini gempal-gempal dan dialah jika tidak silap saya membantu memberi borang dan mengisi borang Umno untuk Ezam di sebuah kedai makan di Sunway tempoh hari sewaktu Ezam membuat come back to Umno.

Ia semakin menjelaskan lagi peranan budak nakal ini dalam permainan di Perak. Maka terus meneruslah Ezam menjadi alat. Bila tidak boleh pakai, maka akan dibuangnya. Ada yang mengatakan suatu hari nanti Ezam akan masuk Pas. Kononnya sekarang Ezam hanya bermusuh dengan PKR. Bagi saya, tidak payah lah sertai Pas, kerana dia pengkhianat besar perjuangan Islam di Perak apabila membantu menjatuhkan kerajaan Perak yang mengembalikan wang bantuan kepada sekolah agama rakyat, yang mengembalikan majlis-majlis ilmu di surau dan masjid, yang meluluskan tanah untuk pondok-pondok agama di Perak, yang meluluskan tanah untuk orang Melayu di kampung tersusun di Perak. Jadi dia tidak layak sertai Pas buat masa ini.

Maka budak baik tersesat jalan ini bertukar menjadi budak bial menyesatkan diri.

0 comments:

Post a Comment