ad

Monday, March 2, 2009


210 SERTAI FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA LEMBAH PANTAI

Seramai 210 orang peserta telah menyertai Pertandingan Futsal Piala Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Lembah Pantai pagi ahad lalu. Kebanyakan peserta ini terdiri daripada remaja berusia 16 hingga 30 tahun dari sekitar Lembah Pantai dan Kuala Lumpur. Program yang berlangsung pada 1 Mac itu diadakan di Padang Futsal, DBKL Pantai Dalam.

Menurut pengarah Program, Kamaruzzaman @ Man John, program ini mendapat sambutan besar daripada peserta dan penaja. Pihak penganjur telah berjaya mendapat sumbangan daripada beberapa orang penyumbang termasuk berbangsa India dan juga seorang aktor terkenal.

Program ini telah berjaya merealisasikan hasrat memasyarakatkan Pas kepada golongan belia. Menurut pihak penganjur, pertandingan Futsal ini merupakan kali ketiga dianjurkan Pas Lembah Pantai setelah kali pertama dan kedua yang dianjurkan Unit Kerja Jemaah Dewan Pemuda Pas kawasan dan kali ketiga ini dianjurkan oleh Pas Cawangan C2.

Pertandingan ini dimenangi oleh Pasukan Cempaka dari Kampung Baru. Pemenang membawa pulang Piala Pusingan, Piala Iringan, Hamper dan lain-lain hadiah. Program yang bermula jam 8 pagi itu berakhir jam 5 petang. Pihak penganjur mengharapkan sumbangan daripada pelbagai pihak bagi menjayakan lebih banyak lagi program berfaedah untuk belia sekitar kawasan ini dimasa akan datang.

0 comments:

Post a Comment