Orang lain terkejut dengan kemenangan Khairi, tetapi saya tidak. Saya melihat wajah-wajah calon exco pemuda yang menang. Semua exco ada 20 orang. Exco ke 15 dimenangi oleh Lokman Nor Adam. Terkejut juga. Tiba-tiba menjelma mamat ni.
Siapa Lokman? Jenerasi baru ramai belum kenal. Lokman adalah bekas setiausaha pemuda keadilan sewaktu Ezam memegang ketua pemuda. Lokman bekerja sepenuh masa sebagai setiausaha kerja parti. Dia kerap ditangkap ketika reformasi dan selepasnya. Kemuncaknya dia ditahan ISA selepas himpunan 100 ribu di jalan Kebun. Turut bersama ditahan ialah Saari Sungip, Hishamudin Rais, Tian Chua, Dr Badrul Amin dan Ezam sendiri.
Hebatnya Lokman ini jika diingat peristiwa Kubang Pasu. Ketika itu Lokman menjadi pengerusi ceramah Ezam dan Mat Sabu. Polis datang hendak menggempur ceramah tersebut. Ketua polis naik pentas dan bagi surat arahan polis supaya ceramah dihentikan. Lokman mengambil surat itu dan mengoyakkannya di depan ketua polis dan ribuan pendengar. Hebat dan berani sungguh Lokman Nor Adam ini.
Namun selepas keluar ISA, dia berkrisis dengan Ezam. Khabarnya masalah duit. Lokman tidak puas hati cara Ezam kendalikan pemuda dan duit pemuda. Didedahkan segala keburukan Ezam dan penyelewengan yang dikatakan Ezam lakukan. Ezam panas punggung dan khabarnya mendesak Presiden memecat Lokman. Jika tidak pecat, katanya Ezam mengugut untuk keluar parti. Oleh kerana Ezam lebih berpengaruh ketika itu, maka Lokman dipecat daripada KeAdilan.
Maka Lokman pun bersendirian dan mendedahkan lagi keburukan Ezam. Untuk jangka masa yang lama Lokman kembali kepada Umno dan membina dirinya sehinggalah beberapa tahun. Akhirnya dia memenangi jawatan exco pemuda Umno. Kembalilah Lokman ke medan politiknya.
Namun beberapa tahun selepas itu, Ezam juga keluar PKR dan menyertai Umno. Kedua musuh ini berada dalam satu parti. Namun malang, Ezam tidak dibenarkan bertanding sebarang jawatan. Maka Lokman lebih besar darjatnya sekarang dalam Umno. Makanya juga, terloponglah Ezam di depan Lokman. Tahniah Lokman.
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
-
Oleh *HARIS ZALKAPLI*
Persaingan merebut kuasa dan pengaruh dalam dunia Islam, terutama
melibatkan rantau Asia Barat antara Arab Saudi dan sekutu dengan ...
8 years ago
0 comments:
Post a Comment